Pages

Followers

Friday 27 May 2011

keamanan di bumi ini

kerana yang meraung pemergian ibunya
bukanlah anak-anakmu
maka kau tidak merasa pilunya
kerana yg menjadi yatim
yang menjadi piatu
bukanlah anak-anakmu
maka tiada terharu hatimu.


kerana yang meratapi permergian  anaknya
bukanlah  bukanlah isterimu
kerana yang bergelimpangan
bermandian darah
bukanlah anak-anak watanmu
maka tiada sayulah hatimu
kerana yang dipijak kehinaan itu
bukanlah bangsa-bangsamu
maka kau tidak mengambil tahu.


sedarilah,
jika benar-benar kau mencintai kedamaian
menaruhkan segala jiwamu untuk keharmonian
hentikan pemerintahan berdarahmu,


sirami bumi ini dengan debunga wangi
bukannya racun dan api.

insaflah semua

waktu mentari menjenggukan wajahnya
dari celah-celah mega
manusia masih lena
mengejar kemewahan....

tapi sayangnay.....
subuhmu masih bersama mimpimu
zohormu sedang menjamah keenakan dunia
asarmu dalam kelekaan duniawi
maghribmu di tepi-tepi jalan
isyakmu sedang di depan kaca tv

sedih hancur hatiku memikirkan
anak-anak mudi masa kini
tiada lagi erti kesyukuran
tiada lagi hatinya mengenali tuhan.

insafilah semua
perjalanmu bila-bila sahaja terhenti
berakhirnya nafasmu di dunia ciptaan-NYA
sebelum semua sudah di titik noktah kehidupanmu
insaflah.....

ilmu

suram cahaya hatiku
pudar segala harapanku

jahilnya aku tanpanya
hinanya aku tanpanya
kosong hidupku tanpanya.

perempuan yang aku maksudkan?
jauhlah aku dari mencari masa depan ku
jika itu maksudku
butalah aku di masa depan
jika itu maksudku
masih adakah aku di masa depan
jika itu maksudku.....

jika itu maksudku
biarkan ia berada di masa depanku
biarkan ku bersama di masa depan

ilmu........
itu yang aku maksudkan
biarkan aku tidak dapat merasai cinta
di usia mudaku
asalkan aku masih bahagia dengan segala ilmuku.........

cinta bagi aku

aku x reti r cinta
nk jugak rasa
sape yg xnak....???

tapi aku rasa...
kalu aku cintakan sesorg
lebih baik aku biarkan dia pergi,,
jika dia jodohku
biarkan dia dtg sndri...

biarkan dia bahgia
dengan pilihan dia
aku gembira dia bahgia.

Wednesday 25 May 2011

dengki jugak r tengok orang lain......

best kan kalu dapat msok u awal2 kan......
tp aku x dpat r.....
dapat knal rmai kawan bru dari seluruh malaysia
cara belaja pon lain...


arghhhhh cemburu aku nengok depe yg dapat masok u....


aku?????
form 6 ja....
pkai uniform sekolah
dtg awal....
dah jemu ker aku blaja?
dari 6 tahun smpai 19 tahun...
lama gak kan...
 
kalu aku ley sabar
aku bley sambung degree cpat sikit...
PTPTN xder...
xda la pikir nk byar....


kata orang bersusah- susah dahulu
bersenang-senang kemudian....

using idiom.....

the sun shinny to  my dream,
there are no way out,
no more flog a dead horse,
anything can be done,
it is not easy to make a clean breath
but in a nut shell
anything can be done if u want.

Tuesday 24 May 2011

persimpangan

semakin meningkat usia
semakin banyak kenangan
suka duka bersama
kecerian mewarnai hidup.

kenangan.......
biarkan ia berlalu
semua membawa haluan sendiri
kenapa tidak bersama selamanya?
takdir hidup berbeza.

mungkin aku boleh ikut cara kau
tapi tiada dapat aku penuhi minat aku
untuk aku mengikut cara kau
hanya jiwa aku bersama kau
bukannya segalanya bersama.

sudah jauh perjalanan kita bersama
banyak sudah persimpangan kita lalui
sepanjang waktu itu
kita memilih haluan yang sama.
tidak untuk persimpangan kali ini
pilihlah haluan kau
aku memilih haluan ini
jangahlah kau masih ingin bersama
jika sudah tidak sefahaman.

hancur punah hidupku
jika aku memilih haluan kau
hancur punah jugalah hidup kau
jika kau memilih haluanku.

pendiraan yang mula goyah

Aku tidak dapat teguhkan pendirian aku,
keyakinan aku sudah tiada
pendirian aku sudah goyah
umpama pondok usang di pantai
berangin kencang untuk mengoyahkan.

Pendirian mana yang mampu berdiri teguh
setelah dibadai dengan kata-kata yang melemahkan
tiada lagi kata-kata semangat
untuk membantu aku untuk meneguhkan
semangat yang kian luntur.

hari semakin hari
walaupun aku telah selesa di tempat baru
tapi masih ku dengar bisikan halus indah
untuk aku melupakankan tempat baru ini.

aku tidak kisah meninggalkan rakan2 ku
tapi......
tidak terkeluar alasan ku
untuk aku pergi ke tempat pilihan
yang lebih aku minati.

kusut

asalamualaikum kepada semua yang membaca


hari ini 24/5/2011 jam 4.00 pagi,
aku masih belum dapat melelapkan mataku
kekusutan dalalm fikiran aku masih belum terurai
manakah arah tujuanku
untuk melanjutkan pelajaran.

aku mendapat tawaran diploma reka bentuk grafik
satu course yang aku cukup minat
tapi bila di fikirkan
apa peluang perkejaan yang akan aku miliki
luaskah sektor pekerjaan dalam sektor ni???

patutkah aku meneruskan pelajaran aku di STPM
atau betukar ke politeknik???

aku ingin mengikuti course ni bukan kerna rakan2
bukan kerna aku mahu melarikan dari  STPM
tapi kerna minat aku yang mendalam.

memikirkan kos perbelanjaan
membuatkan aku perlu memikirkan peluang ini
ekonomi keluarga aku yang tidak stabil
aku hanya seorang anak peneroka yang berpendapatan rendah.

Monday 23 May 2011

STPM UR POLI

AKU MINAT COURSE KT POLI YG AKU DAPAT NI
TP EKONOMI X STABIL R
ABG AKU SUGGEST AKU G
TP MAK AKU SURUH STAY KAT FORM 6.

TNYA CIKGU AKU PLAK:
IKOT HG JE LA...
ADOYAI MCM MNA NI....
YA ALLAH LERAIKAN KEKUSUTAN NI

Sunday 22 May 2011

derhaka kah aku?/???

salam..setelah aku lihat blog hari ibu dri membr aku teringat kisah aku

pagi itu bermula dengan indah bg mereka yg masih mmpunyai ibu
hari ibu.....

belom sempat aku mengucapkan selamat hari ibu kepadda ibuku
keluar kata-kata sedih dari mulutnya

"dik kamu ni menagih ke"
pilu ku mndengar kata-kata  itu....

aku mmg selalu melepak di dusun
bukan menagih
tp akibat dari mulut org lain aku dituduh menagih..

aku pecinta alam sekitar...
aku gemar lepak di kawasan yg hijau...
tenang dan aman...

setelah mendengar kata ibuku aku mendiamkan diri
aku berasa hiba...2 hari aku x pulang rumah.....

sesat....

salam sumer......
pagi ni aku nak g sekolah....
awal aku kuar tp pelik..
x jumpa jalan nk g sekolah plak..
hujan lebat x jumpa jalan
last2 aku jumper jalan nk g kdai makan ja
AL-FATIHAH....

pilu memikirkan saudara yang telah pergi
ALLAH lebih sayangkan mereka
takziah buat saudara mara mangsa tanah runtuh
tabahkan hatimu menerima pemergian mereka.

setia insan yang bergelar muslim adalah bersaudara
sedekahkan pahala al-fatihah untuk mereka

KHAS UNTUK MANGSA TANAH RUNTUH DI HUlU LANGAT

mane aku nak pergi ni....

orang kata masok form 6 poyo
orang kata masok form 6 jadi budak sekollah
orang kata masok form 6 susah.....

ada aku kesah???
perlu ker aku pedulikan cakap orang....

Saturday 21 May 2011

bukannya hukuman

lupanya aku akan kebesarannya
dengan kehidupan masa  ini
dengan nikmat yang  aku kecapi.

tiada terfikir aku, tiada sama sekali
untuk aku berfikir
ADAKAH aku masih lagi dijalan-NYA???

hilangnya nikmat yang aku kecapi
bukannya satu hukuman
bukannya satu seksaan
tapi semua itu hanyalah peringatan bagi aku 
untuk aku kembali kejalan-NYA
semua yang berlaku ada hikmahnya
ada kebaikan disebalik kejadian.

janganlah engkau berputus asa
janganlah engkau menyalahkan sesiapa
janganlah engkau merungut atas segala kejadian

BERSYUKURLAH ENGKAU DENGAN SEGALA NIKMATNYA

cerita: sahabat..

cerita: sahabat..

sahabat..

sahabat sejati???

kenyataan hidup masa kini
indah serta ceria
semua kita ada
kita dapat merasai saat-saat kemanisan
saat-saat bahagia kita lalui bersama.

tapi jikalau hilangnya nikmat
dan keindahan yang kita ada
dapatkah kita lalui bersama???
engkau dengan hidup kau
aku dengan hidupku
hanya saat-saat indah kita lalui bersama
bukannya saat-saat duka lura dan parah
engkau membiarkan aku sendiri separuh nyawa
melalui sisa-sisa perjuangan hidupku
untuk kembali mengecapi keindahan bersama.

sekiranya aku sudah bangkit dari penderitaan
barulah engkau bersamaku
bahagia bersama
kecewa sendirian
biarkan saja kata hatiku...
tapi aku tetap berhasrat agar
susah senang
suka duka
bersama juga kita

selamanya......

hanya dunia semata-mata

setiap insan pasti tidak terlepas untuk melakuan kesalahan...
KITA hambanya yang sentiasa lupa akan janji yang pernah kita ungkapkan... 
dengan angkuhnya kita menerima tanggungjawab
yang tidak sanggup untuk makhluk ciptaan ALLAH yang lain terima,
kita tak pernah tahu bahawa ALLAh lebih menyayangi kita,
sedangkan kita hanya lalai dengan nikmatnya yang mencurah-curah.

setiap saat kita semakin leka mengejar keinginan duniawi,
setiap saat kita semakin jauh dari amal ibadat,
setiap saat kita semakin hampir kepada kemurkaan-NYA,
setiap saat hilang insan dan kasih kita kepada sesama insan.

hentikan semua inii.....
berikan hidayah-MU untuk aku kekal di jalanmu......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...