Pages

Followers

Thursday 30 June 2011

aku masih ada

hari ni.....
kwn aq sedih kerna dia....
aq turut bersama kesedihannya
aq masih ada bersama kamu
janganlah berduka lagi.....
aq takan tinggalkan kamu..

Monday 20 June 2011

my fav

Tunjukkanlah aku 
Jiwa yang mulia 
Dia yang bergelar 
Namanya di pari purna 
Akan ku tunjukan 
Wajahmu yang bersinar 
Cermin yang menyuluh 
Di rimba nestapa

Bagi yang mendambakan cinta 
Akan hilang segala resah 
Bagi yang mendambakan makna 
Akan terlerai rahsia 
Seorang pun tak akan hampa 
Yang suci ataupun yang durja 
Yang datang berbau tanah 
Yang sampai dalam cahaya

Thursday 9 June 2011

daku

Syadu malam kesepian
bertemankan gelap gelita
bersama irama malam....

Begitulah kesepianku
siapa yang tidak ingin....
disayangi??
menyanyangi??

Setiap kali ku mencoba tuk menyanyangi
pasti dikenakan....
aku jahil pasal cinta
tapi tolong jangan mainkan aku
aku punya perasaan.

Aku tidak punya apa yang kau inginkan
tapi berilah aku peluang untuk memenuhinya
mungkin apa yang kau harapkan dari aku
tidak mampu aku penuhi
tapi mungkin juga apa yang tidak harapkan dari aku
mampu menakluki hatimu.

setelah terpendam

Walupun aku baru mengenali kamu
Terima Kasih.....
semua ini khas untuk kamu.

Kala ku kebuntuan
kau memberi cahaya,
kala ku mahu mengakhiri hidup ini
kau bawa aku semula ke pangkal jalan,
kala ku kesepian
kau datang bersama keceriaan,
kau sentiasa membawa semangat kepadaku.

Tiada jemu kau menemani aku
harapnya.....
tiada benci kau pada aku
harapnya.....
harap tiada cinta antara kita
kerna aku tidak mahu kehilanganmu
tapi ku harap kita boleh berkawan
sampai ke akhrinya......

Aku mungkin gembira bila orang lain
mendapatkan bantuan aku
untuk meluahkan perasaan mereka pada aku
tapi hatiku yang terpedam pedih....
akhirnya hanya pada kamu aku luahkan
terima kasih kerana sudi mendengar
terima kasih atas segala nasihat
terima kasih kerna memberi semangat
untuk aku teruskan hidup aku
dengan semangat baru......

Wednesday 8 June 2011

kesian lah kat dia

Indah bahasa kau di depan aku..
Tapi "cantik" jugak bahasa hang belakang aku...

Tapi kau "cerdik"
dengan perempuan....
kau suka dia.....
aku tak kisah
dia kawan aku je
kau luahkan perasan hang kat dia
aku tak kisah
kalau betol hang suka kat dia...

Tapi "geliga" jugak otak hang....
dia tak boleh terima hang
hang maki dia
hang kutuk dia
kesian la kat dia
dia ada perasaan
dia ada hak.............

aku rasa nak bantai jer dia tu
tp x gangster r....
huuhuhuhuhuhuhu

terima kasih kepada perempuan tu
sebab percaya kat aku....
aku pon x taw napa hg ngadu kat aku
hahahhahahahahha.....
aku baru rapat ngan dia tahun ni..
rapat ker?
ikut dia r.....

sekadar luahan

Janganlah engkau
menelan makanan itu kerana
manisnya

janganlah engkau
meluahkan makanan itu kerana
pahitnya

kerna......

yang manis belum tentu
membawa kebaikan

yang pahit belum tentu
membawa keburukan.......

menuju takdir

Titian itu menembusi minda manusia
jalan itu merentasi lintasan jiwa
lorong itu melewati ke gusaran dada
denai itu menuju ketenangan yang ada.

Perjalanan,
menuju satu destinasi
bukan sekadar berada di alam mimpi
bukan hanya berada di awang-awangan
bukalah satu khayalan semata-mata
penuh ranjau duri
penuh kedengkian
penuh tomahan memakan diri.

Masih ada sinaran harapan
masih ada yang membantu
masih ada doa yang mengiringi
agar kau tiba ke hujungnya.

Apa yang pasti ia boleh dikecapi.

akan tetapi,
perjalanan seperti ini,
belum tentu dikecapi,
belum tentu ditemui,
oleh mereka yang sekadar
BERMIMPI......

friendship

when i am sad
when i feel lonely
you are there to take misery away
you are there to share it with me...

when i am crying
you are the wie my tears away
when i am confused
when i was stress
you advice takes my trouble away....

do you know how hard it is?
to find and has friend like u?
who means more vauleble
than diomand, than gold
and that why
i will treasure our "FRIENDSHIP"
till end of my life.....

Thursday 2 June 2011

tuntutinya

wahai insan
ketahuilah bahawa
ilmu adalah satu senjata ampuh
mencarinya adalah jihad
memepelajarinya adalah taqwa
menuntutnya adalah ibadah
mengulangkajinya adalah tasbih
mengajarkannya adalah sedekah
memberikannya kepada keluarga adalah bakti
menghayatinya adalah satu tuntutan murni.

sejarah

Dari angka yang kecil
hinggalah berdekad lamanya
itulah SEJARAH

PERINGATINYA!!!!!

SEJARAH itu masa silam
bukan semua perlu dilupakan
yang pahit dijadikan teladan
yang perit dijadikan pengajaran
yang manis dijadikan kenangan
bukan khayalan
bukan mainan
bukan bahan gurauan

HARGAILAH IA....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...