Pages

Followers

Saturday 10 March 2012

pengajian am bab 8: dasar luar malaysia part III

8.4.1.2.5 PELARIAN
·          Berunding dgn negara anggota bg mengatasi isu pelarian. Rundingan diplomatik diadakan bg membolehkan pelarian2 di tempatkan di negara2 tertentu & mengiktiraf pelarian sbgai rakyat negara berkenaan.
·          Cth: Mac 1992, PBB melancarkan program penempatan semula 375,000 org pelarian Kemboja melalui penubuhan United Nations Transitional Authority in Cambodia (UNTAC)
8.4.1.2.6 PENYERTAAN DALAM PBB
·          Mempengaruhi negara lain untk menjadi anggota PBB demi kepentingan bersama.
·          Cth: Jepun & Jerman mempunyai perlembagan yg halang penghataran tentera ke luar negara. Slps Jepun & Jerman menganggotai PBB (masing2 pd 1956 & 1973), kedua-dua buah negara tlh meminda perlembagaan & mula menyertai misi pengaman di bawah panji PBB.
8.4.1.2.7 PERJUANGAN HAK ASASI
·          Pengabaian hak asasi merangkumi diskriminasi kaum, diskriminasi trhdp wanita, penderaan & pencabulan hak asasi kanak2.
·          Mendapat halangan kerana hak asasi manusia dianggap sbgai hak & hal-ehwal negara berkenaan. Misalnya, walaupun Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat diterima pd 1948 di Paris, namun bnyk negara mengatakan  piawaiannya X mempunyai kuasa undang2 terhdp mereka.
·          Pencapaian PBB dr segi perjuangan hak asasi:
o    Perlantikan Suruhanjaya Tinggi bg Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa2 Bersatu pd tahun 1994.
o    Kejayaan Persidangan Hak Asasi Manusia di Vienna (Ausria) pd thn 1993 dlm mengenal pasti hak asasi manusia yg harus dperjuangkan pd masa dpn. Cth: hak asasi manusia tlh diperjuangkan dlm skop yg lbh luas di  Kemboja, Haiti & Rwanda.
8.4.1.3 SEBAB PBB GAGAL MENJALANKAN TUGAS & PERANANNYA
8.4.1.3.1 KUASA VETO
·          Dmiliki Britain, China, Amerika Syarikat, Rusia & Perancis.
·          Negara2 ini mempunyai kuasa mutlak untk terima/tolak keputusan2 yg dibuat Majlis Keselamatan PBB. Melalui kuasa pembatal ini, negara2 tersebut blh mengetepikan kritikan, resolusi serta cadangan negara2 anggota dlm Majlis Perhimpunan Agung PBB.
·          Majlis Keselamatan sbgi bdn yg plg berkuasa dlm uruskan soal keselamatan & keamanan dunia sering digunaka oleh kuasa besar utk tekan negara ‘musuh’. Negara Asia, Amerika Latin & Afrika yg mewakili majoriti penduduk dunia seolah-olah tiada hak dlm PBB.
·          China sentiasa memencilkan diri drpd anggota lain dlm memutuskan beberapa perkara. Dlm beberapa hal China terpaksa mematuhi kuputusan kuasa besar lain dlm PBB.
·          Penggunaan kuasa veto dpt dilihat dlm hal berikut:
1.        US batalkan usul bantahan terhadap pencerobohan Israel terhdp Palestin & usul hantar rombongan pemerhati PBB ke Baitulmuqadis untk siasat pembunuhan yg dilakukan trhdp org Palestin. Israel sekutu rapat US & Britain.
2.        US menolak persidangan damai terbuka yg diusulkan 5 negara Arab Utara utk bincang isu Perang Teluk antara US & negara2 bersekutu dgn Iraq.
3.        Majlis Keselamatan PBB X upaya halang US & sekutunya drpd menghalang US & sekutunya drpd melancarkan serangan darat terhdp Iraq.
4.        Rusia pernah memveto keputusan Majlis Keselamatan PBB semasa mengutuk pencerobohan Indonesia trhdp Malaysia.
8.4.1.3.2 SIKAP CAMPUR TANGAN KUASA BESAR UNTK KEPENTINGAN SENDIRI.
·          Keinginan kuasa besar utk campur tangan dlm hal ehwal negara kecil & lemah menyebabkan PBB diperalat oleh negara2 tertentu untk mencapai kepentingan politik  masing2.
·          Cth peristiwa:
1.        Pencerobohan Rusia terhadap Chechnya.
2.        Pencerobohan Britain terhadap Pulau Falkland.
3.        Pencerobohan Rusia terhadap Afghanistan.
4.        Pencerobohan / serangan mengejut US terhadap Libya (1987)
8.4.1.3.3 MASALAH KEWANGAN PBB
·          Perlukan sumber kewangan yg besar utk laksanakan pelbagai operasi.
·          Mengakibatkan PBB menanggung beban hutang yg tinggi.
8.4.1.3.4 SYARAT PEMBAYARAN HUTANG YG KETAT.
·          Syarat yg dikenakan oleh PBB membebankan negara2 yg berhutang.
·          Negara yg berhutang terdiri drpd Negara Dunia Ke-3 yg miskin. Pendapatan negara terbabit terpaksa digunakan untk bayar hutang. –Rakyat terabai.
·          Tabungan Kewangan Antarabangsa (IMF), salah 1 agensi PBB mengenakan syarat2 pembayaran yg ketat ats pakej bantuan kewangan yg diberikan kpd negara lain. Cthnya: Thailand yg menerima bantuan kewangan IMF semasa kegawatan ekonomi di negara tersebut pd lewat tahun1990-an terpaksa menutup beberapa bank tempatan akibat masalah kewangan yg teruk.
8.4.1.3.5 PERSAINGAN SENJATA ANTARA KUASA BESAR.
·          PBB x hlg kuasa besar utk tingkatkan keupayaan tentera & senjata.
·          Cth: perlumbaan senjata antara US & Rusia
8.4.1.3.6 KELEMAHAN PASUKAN TENTERA PENGAMAN PBB.
·          Dihntr Negara2 bersekutu yg diketuai US. Menyebabkan tenteraan pengaman bertindak mengikut kepentingan US.
·          Kelemahan ini telah menimbulkan situasi yg berikut:
1.        Tindakan zalim Israel trhdp Palestin berterusan berdekad-dekad.
2.        Pembunuhan rakyat Bosnia-Herzegovina oleh pengganas Serbia lama berterusan walaupun pasukan tentera pengaman PBB telah dikerah ke Negara tersebut. PBB terlalu berlembut dgn sikap pengganas Serbia yg secara terang-terangan menafikan demokrasi di Bosnia.
8.4.1.3.7 KETIADAAN KATA SEPAKAT
·          Anggota Majlis Keselamatan PBB gagal mencapai kata sepakat. Keputusan sukar dicapai kerana terlalu bnyk peristiwa yg berlaku pd waktu yg sama.
·          Kekurangan sumber kewangan krn bnyk Negara X bayar yuran.
·          Ketiadaan kata sepakat dpt dilihat dlm situasi berikut:
·          Penggunaan kaedah ketenteraan utk halang penceroboh Serbia ke atas Bosnia-Herzegovina x mendapat keputusan sepakat.
·          Semasa kebuluran berlaku d Somalia, pencerobohan Serbia ke ats Bosnia,  isu Palestin & gencatan senjata di Kemboja turut berlaku pd masa yg sama. Tumpuan PBB diagihkan kpd pelbagai kemelut sosial, ekonomi & politik.
8.4.1.3.8 KEANGKUHAN NEGARA PENCEROBOH
·          Keangkuhan & kedegilan negara pencerobohan sendiri & pencabulan negara2 yg didamaikan menyebabkan resolusi PBB X diikuti.
·          Cth keangkuhan negara penceroboh:
1.        Pencerobohan Israel terhdp semenanjung Gaza, Bukit Golan & Tebing Barat.
2.        Pencerobohan Serbia terhadap Bosnia-Herzegovina.
3.        Usaha PBB di Kemboja utk gencatan senjata tlh dicabuli puak Khmer rouge.
8.4.1.3.9 PENINDASAN NEGARA-NEGARA MEMBANGUN.
·           

pengajian am bab 8: dasar luar malaysia part II

KERJASAMA EKONOMI
·          Bermula slps Perjanjian Persahabatan & Kerjasama (Treaty of Amity and Cooperation) Pengisytiharan Pakatan ASEAN ( Declaration of ASEAN Concord ) ditandatangani pd 1976 Bali semasa Mersyuarat Ketua2 ASEAN pertama.
·          Antara kerjasama ekonomi negara2 ASEAN:
1.        Melaksana projek2 perindustrian seperti:
a.        Projek Baja Urea ASEAN di Indonesia.
b.        Projek Baja Urea ASEAN di Malaysia.
c.        Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN di Filipina.
d.        Projek Vaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura.
e.        Projek Garam Batuan-Abu Soda ASEAN di Thailand.
2.        Mengadakan usaha sama perindustrian ASEAN.
3.        Mengadakan Skim Pelengkapan Perindusrtrian ASEAN misalnya dlm bidang automotif.
4.        Mewujudkan Peraturan Perdagangan Istimewa 1977 untk tingkatkan perdagangan antara negara anggota. Keistimewaan termasuk kontrak kuantiti jangka panjang, perolehan istimewa oleh entiti kerajaan, pelonggaran langkh2 bukan tarif & perluasan tarif istimewa.
5.        Mengadakan kerjasama dlm sector kewangan:
a.        Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council) tlh ditubuhkan untk selaraskan kegiatan bank2 perdagangan di rantau ASEAN.
b.        Syarikat Kewangan ASEAN ditubuhkan utk memberikan kemudahan kewangan kpd negara2 terlibat dlm projek2 usaha sama ASEAN.
6.        Mengadakan kerjasama dlm bdg komunikasi:
a.        Pemasangan kabel laut ASEAN untk menghubungkan semua Negara anggota.
b.        Mengasaskan Skim Pertukaran Berita Televisyen.
c.        Mengiktiraf lesen pemandu di rantau ASEAN.
7.        Mengadakan kerjasama dlm sektor makanan & pertanian:
a.        Penubuhan Pusat Perancangan Pembangunan Pertanian ASEAN sbgai bank data / pusat maklumat mengenai masalah pertanian.
b.        Penubuhan Plant Quarantine Training Centre and Institude di Serdang.
c.        Penubuhan ASEAN Centre of Development of Agricultural Cooperative di Indonesia.
8.        Mengadakan dialog dgn negara2 maju.
9.        Mewujudkan Kwsn Pertumbuhan Segi Tiga yg menggalakkan pembangunan dlm bdg perdagangan, pelancongan, pengangkutan,dan perhubungan sprti:
a.        IMT-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand).
b.        IMS-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Singapura).
c.        BIMP-EAGA ( Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina).
KERJASAMA SOSIAL DAN KEBUDAYAAN
1.        Tabung Kebudayaan ASEAN diwujudkan untk mengeratkan hubungan antara negara ASEAN melalui aktiviti kebudayaan. Antara kegiataan yg diadakan ialah Pesta Filem ASEAN, Pesta Lagu ASEAN & Bengkel Lukisan dan Muzik bg kaum belia.
2.        Penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM).
a.        Ditubuhkan pd 4 Nov 1985 bg menggantikan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia(MBIM) yg ditubuhkan pd 29 Dis 1972.
b.        Diuruskanoleh urusetia di setiap negara yg bersidang 2 kali sethn.
c.        Tujuan penubuhan:
                                                   i.      Mengembangkan bahasa melayu.
                                                  ii.      Tingkatkan smgt perpaduan antara negara anggota.
                                                iii.      Tingkatkan peranan bahasa melayu.
3.        Pembentukan Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara(SEAMEO)
a.        Menggalakan kerjasama dlm bdg ilmu pengetahuan.
b.        Menganjurkan projek:
                                                   i.      Pusat Kajian Bahasa Inggeris di Singapura(RELC)
                                                  ii.      Pusat Pembaharuan & Teknologi di Filipina(INNOTECH).
                                                iii.      Pusat Pendidikan Serantau bg Pendidikan Sains & Matematik(RECSAM) di Pulau Pinang).
8.3.4 CABARAN ASEAN
8.3.4.1 CABARAN EKONOMI
·          Pengurangan permintaan pasaran dunia terhaddap sumber bahan utama sprti bijih timah & getah asli negara2 ASEAN tlh bantutkan pertumbuhan ekonomi.
·          Memberi perhatian kpd sektor perkilangan & perkhidmatan.
·          Negara maju mempunyai kelebihan ekonomi dlm segi kos pengeluaran & kecanggihan teknologi.
·          Pengeluaran & pemasaran produk yg sama menyebabkan persaingan yg sengit antara negara anggota & antara negara anggota dgn negara maju.
·          Pergantungan kpd negara maju masih berlarutan.
·          Kerjasama ekonomi terbatas krna ketidakstabilan politik yg dialami negara2 ASEAN tertentu.
·          Indonesia & Thailand dibebani oleh hutang luar negara.
·          Ada negara anggota yg laksanakn projek demi kepentingan sendiri bkn kepentingan serantau.
·          Dasar pelindungan perdagangan yg dilaksanakan oleh negara maju turut membantutkan pertumbuhan ekonomi ASEAN.
8.3.4.2 CABARAN SOSIAL
·          Negara ASEAN hadapi cabaran besar utk mengekalkan taraf hidup / kualiti hidup rakyatnya.
·          Proses pembandaran yg pesat & kadar pengangguran yg kian meningkat menjejaskan usaha meningkatkan taraf hidup penduduk di negara2 ASEAN.



 8.3.4.3 CABARAN POLITIK
·          Perubahan kepimpinan d sesetengah Negara ASEAN sprt Malaysia & Singapura
·          Percubaan rampasan kuasa / keganasan di Filipina & Indonesia.
·          Tuntutan kuasa di wilayah2 seperti di Thailand & Filipina.
·          Negara ASEAN terpaksa mengenakan sekatan terhadap kebebasan berpolitik di negara masing2.
8.4 MALAYSIA & BADAN ANTARABANGSA.
8.4.1 PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU.
·          Ditubuhkan slps perang dunia ke-2 (24 Okt 1945)
·          Ibu pejabat di New York, Amerika Syarikat.
·          Terdiri drpd beberapa Majlis & mempunyai fungsi sendiri
MAJLIS
FUNGSI
Majlis Perhimpunan agong
- membahaskan segala perkara yg berkaitan dgn ekonomi, sosial & politik dunia.
-Tan Sri Razali Ismail pernah dipilih menduduki kerusi presiden bg sesi ke-51 (1996)
Majlis Keselamatan
-kekalkan keselamtan dunia
-hentikan pencerobohan sebuah negara terhdp negara lain
-Malaysia pernah menjadi ahli pd tahun 1965, 1988, & 2000
Majlis Peramanahan
-meyediakan negara2 belum merdeka yg telah diamanahkan kpdnya untk membentuk kerajaan sendiri
Majlis Ekonomi & Sosial
-kaji & selesaikan masalah ekonomi & sosial
Mahkamah Keadilan Antarabangsa
- mengadili kesalahan yg melanggar undang2 antarabangsa & hak asasi manusia.
-berjaya selesaikan mslh pertindihan sempada antara Malaysia dgn Indonesia berhubung P. Sipadan & P. Ligitan dgn jayanya.
Sekretariat (Jabatan Urusetia)
-menjalankan tugas pentadbiran

8.4.1.1 MATLAMAT PBB
·          Kawal keamanan & kesejahteraan bersama dunia.
·          Wujudkan kerjasama & perpaduan berbentuk rundingan & perbincang antara negara di dunia bg mencapai kedamaian.
8.4.1.2 PENCAPAIAN PBB
8.4.1.2.1 KEAMANAN
·          Jaga keamanan menerusi pendamaian (usaha kurangkan peperangan)
·          Menggunakan sekatan ekonomi & perundingan diplomatik untk selesaikan konflik sesama negara.
·          Hantar pasukan pengaman ke negara2 berperang bg selamatkan mangsa2 peperangan, misalnya semasa Perang Teluk antara Iraq dgn Kuwait (1990) & krisis di Congo (1960).
·          Malaysia turut hntr anggota tentera untk sertai misi pengaman di bawah panji PBB, misalnya ke Congo, Somalia, Iraq & Bosnia.
8.4.1.2.2 KEBAJIKAN
·          Sentiasa beri bantuan kpd mangsa peperangan. Antara agensi yg peka akan isu kesengsaraan manusia ialah FAO, UNICEF & WHO.
·          Bantuan yg diberikan dlm bentuk wang,makanan, perkhidmatan kebajikan.
·          PBB terlibat sepenuhnya dlm kegiatan kemanusiaan di Somalia yg dilanda kemelut politik pd tahun 1990-an.
8.4.1.2.3 PERSENJATAAN
·          Mengecam perkembangan persenjataan. Mengawal perkembangan senjata moden seperti senjata nuklear & senjata kimia.
·          Sumbangan PBB dr aspek persenjataan:
i.            Berjaya mempengaruhi Soviet Union & Amerika Syarikat mengundurkan peluru berpandu masing2 semasa krisis di Cuba.
ii.            Berjaya mempengaruhi pihak2 yg terlibat dlm peperangan Iran-Iraq mencapai persetujuan gencatan senjata.
iii.            Mengugut untk mengenakan sekatan ekonomi & berhentikan bantuan kwangan kpd Pakistan krna menjalankan ujian bom nuklear semasa persengketaan antara India & Pakistan untk merebut wilayah Kashmir.
8.4.1.2.4 PEREBUTAN PULAU
·          Isu tuntutan Kepulauan Spratly oleh China Taiwan, Vietnam, Brunei & Malaysia yg dipercayai kaya dgn gas asli & minyak.
·          Langkah yg diambil PBB untk selesaikan masalah tersebut adlh dgn melaksanakan Undang-undang Laut yg diluluskan oleh Majlis Perhimpunan Agung pd November 1994.

pengajian am bab 8: dasar luar malaysia part I

BAB 8 DASAR LUAR MALAYSIA
8.1 FAKTOR PENENTUAN DASAR LUAR
·          Meliputi keharmonian, hubungan politik & kerjasama ekonomi antara Malaysia dgn dunia luar.
·          Dibahagikan kpd 4:
o    Faktor dalaman.
o    Factor luaran
o    Factor sejarah & budaya.
o    Factor kepimpinan.
8.1.1 FAKTORR DALAMAN
·          Kepentingan keselamatan, iaitu mengelakkan sebarang ancaman dr Negara lain.
·          Kedudukan ekonomi, bergantung pd hubungan perdagangan antarabangsa yg baik dgn semua Negara tanpa mengira ideology.
·          Kedudukan geostrategic:
ü  Terletak di Asia Tenggara yg X mengalami masalah ketidakstabilan politik.
ü  Terletak di persimpangan dua jln laut antara Timur dgn Barat y menarik minat kuasa luar utk meluaskan pengaruh masing2.
ü  Mengutamakan hubungan yg baik dgn negara2 Asia Tenggara melalui ASEAN agar X timbul sbrg ancaman drpd mana2 negara.
8.1.2 FAKTOR LUARAN
·          Malaysia merupakan penyokong kuat Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) & sentiasa mematuhi arahan dlm hal berikut:
ü  Melindungi negara2 kecil.
ü  Melindungi hak asasi manusia.
ü  Memelihara keamanan.
ü  Menegakkan keadilan & kewibawaan undang2.
ü  Menggalakkan perkembangan ekonomi & social.
·          Malaysia mengamalkan dasar berkecuali, iaitu:
ü  Mengadakan hubungan yg baik dgn semua Negara tanpa mengira ideology.
ü  Menjadi anggota dan menyokong segala usaha Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).
8.1.3 FAKTOR SEJARAH & BUDAYA
·          Malaysia merupakan bekas jajahan British:
o    Menjadi anggota Komanwel & sokong segala usahanya.
o    Meneruskan hubungan baik dgn Britain.
·          Malaysia amat menitikberatkan perpaduan Islam:
o    Menitikberatkan hubungan baik dgn negara2 Islam.
o    Menyertai & menyokong usaha Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC).
o    Menyokong projek2 tertentu sprti Bank Pembangunan Islam.
o    Menjadi ahli Kumpulan Lapan Negara2 Membangun (D8).
8.1.4 FAKTOR KEPIMPINAN
·          PM-1, Tunku Abdul Rahman (1957-1971) bergantung pd Barat dr segi perdagangan & ketenteraan serta mengamalkan dasar pro-Barat dan antikomunis.
·          PM-2, Tun Abdul Razak (1971-1976) mengamalkan dasar berkecuali & mengadakan hubungan diplomatic dgn negara2 komunis.
·          PM-3, Tun Hussein Onn (1977-1981) mengutamakan kerjasama serantau & memupuk persahabatan dgn negara2 Islam.
·          PM-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003) berusaha mengurangkan pergantungan yg tinggi kpd Barat, berdikari dlm semua aspek, memberikan keutamaan yg lebih kpd hubungan ekonomi, &  mementingkan kerjasama dgn Selatan-Selatan (hubungan ekonomi dgn negara2 kecil).
·          PM-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi(2003-2009) mementingkan keselamatan dlm negara & meneruskan kerjasama dgn ASEAN.
·          PM-6, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mementingkan keamanan & kesejahteraan rakyat pd peringkat global.
8.2 PERKEMBANGAN DASARLUAR MENGIKUT ERA KEPIMPINAN KERAJAAN.
8.2.1 ERA KEPIMPINAN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
·          Dapatkan bantuan British untk selesaikan konflik politik Malaysia sprti isu pembentukan Malaysia, Tuntutan Filipina ke atas Sabah dll.
·          Amalkan dasar perdagangan bebas & terbuka khusus dgn negara2 barat.
·          Menandatangani Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya(AMDA) dgn British.
·          Penekanan kpd kerjasama serantau melalui penubuhan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pd tahun 1967.
8.2.2 ERA KEPIMPINAN  TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN
·          Amalkan dasar berkecuali slps 1970.
·          Menekankan keperluan Malaysia sbgai sebuah negara merdeka untk bebas dr penguasaan Barat.
·          Akan menolak segala doktrin komunisme yg X sesuai, masih kekalkan hubungan diplomatik dgn negara2 komunis.
·          Perluas hubungan diplomatik dgn dunia luar sprti Afrika & Asia(termasuk  China), Amerika Latin, Pasifik Selatan & Timur Tengah.
·          Sokong konsep Zon Aman, Bebas & Berkecuali (ZOPFAN) ( 1971).
8.2.3 ERA KEPIMPINAN TUN HUSSEIN ONN
·          Memainkan peranan penting dlm penubuhan ASEAN.
·          Selesaikan masalah Kemboja (Kampuchea) slrs dgn matlamat ASEAN.
·          Mempererat hubungan antara Malaysia dgn China.
8.2.4 ERA KEPIMPINAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD.
·          Dasar luar Malaysia berubah bwh kepimpinan beliau.
·          Perkenalkan Dasar Pandang ke Timur(1983) yg melibatkan penghantaran kakitangan awam untk menjalani latihan pengurusan sektor awam & swasta di Jepun & Korea Selatan.
·          Mengurangkan pelaburan ke negara Barat.
·          Memupuk hubungan & kerjasama serantau serta menekankan kerjasama dgn Selatan-Selatan,
·          Menyesuaikan dasar luar dgn trend era globalisasi dgn menyokong penubuhan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) & kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
·          Terus memainkan peranan aktif dlm NAM & OIC.
8.2.5 ERA KEPIMPINAN TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI
·          Dasar luar yg bersifat berkecuali / neutral & X bersikap berat sebelah dlm usaha mengekalkan hubungan mesra dgn semua negara.
·          Dasar luar yg berprinsip, bebas & pragmatik sbgai usaha untk mengekalkan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa.
·          Hubungan diplomatik dgn negara2 lain akn ditadbir dgn bijak.
·          Langkah lain yg diambil:
o    Kukuhkan kedudukan ekonomi di pasaran dunia menerusi peluasan rangkaian perniagaan.
o    Terus membantu untk selesaikan krisis di peringkat antarabangsa.
o    Membawa kemajuan dn memberikan dimensi baharu kpd organisasi antarabangsa sprti OIC, NAM, ASEAN dll.
o    Meneruskan dasar yg dipelopori PM ke-4.
8.2.6 ERA KEPIMPINAN DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK.
·          Lancarkan konsep 1 Malaysia (Rakyat didahulukan, Percapaian diutamakan).
·          Meneruskan Perjanjian Perdagangan Bebas antara negara2 ASEAN dgn negara2 maju sprti China, Jepun, Korea Selatan agar memanfaatkan faedah optimum untk pembangunan negara.
·          Beberapa isu penting bg hubungan Malaysia dgn negara2 ASEAN juga diberikan perhatian. Sprti isu pengganas, pertahanan serantau, ekonomi.
·          Isu Malaysia & Global juga diberi fokus. Tindakan secara kolektif perlu dilakukan oleh semua negara anggota PBB demi keamanan sejagat.
·          Tetap mengamalkan Dasar Luar Berkecuali.
8.3 MALAYSIA & HUBUNGAN SERANTAU (ASEAN).
8.3.1 KEANGGOTAAN ASEAN
·          Ditubuhkan di Bangkok, Thailand (8 Ogos 1967) melalui Deklarasi Bangkok.
·          Terdiri drpd Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura & Thailand. Brunei ( 7 Januari 1984), Vietnam(1995), Myammar & Laos (1997), Kemboja(1999).
8.3.2 MATLAMAT ASEAN
·          Percepat pertumbuhan ekonomi, budaya, kemajuan sosial & pembangunan kebudayaan di rantau Asia Tenggara.
·          Menggalakkan keamanan & kestabilan politik dgn mematuhi prinsip Piagam PBB.
·          Menggalakkan kerjasama & bantuan  antara satu sama lain.
·          Meningkatkan taraf hidup rakyat negara anggota melalui kerjasama dlm sektor pertanian dan perdagangan.
·          Eratkan hubungan dgn pertubuhan serantau & antarabangsa lain.
8.3.3 BENTUK KERJASAMA
KERJASAMA POLITIK
·          Konsep ZOPFAN diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur (27 November 1971). Matlamat penubuhan ZOPFAN:
ü  Pelihara keamanan & kestabilan politik di Asia Tenggara dgn elakkan campur tangan luar sprti Russia, US, China.
ü  Sediakan saluran untk selesaikan pertikaian yg berlaku di Asia Tenggara secara aman bkn cara kekerasan.
ü  Mengelakkan terlibat dlm pertikaian antara kuasa besar.
ü  Beri peluang kpd negara anggota untk tentukan nasib sendiri.
·          Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) dibentuk pd 16 Disember 1987 untk memastikan kwsn ASEAN bebas drpd ancaman senjata Nuklear.
·          ASEAN amalkan pendirian bersama dlm isu politik sprti pencerobohan Vietnam  d Kemboja, iaitu tentera Vietnam harus berundur dr Kemboja & rakyatnya diberi peluang utk menentukan nasib negara mereka sendiri.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...