Pages

Followers

Tuesday 12 February 2013

BALASAN

Assalammualaikum, : )

last update blog 28 ogos 2012!
lama dah tak update blog nie. Nak tinggalkan sayang plak. Kepada follower terima kasih sebab sudi jadi follower dan TQ juga yang sudi stalk blog nie.

Lama x update sebab sibok dengan STPM. 
sebot pasal STPM, teringat pasal result yer dah nak keluar.
hari tu dalam meeting dengar result STPM keluar awal sebab ada pilihan raya.
Result STAM pon dah keluar, so dalam 3,4 minggu lagi r result STPM nak keluar.

Sempat jugak aku berkerja sebagai guru sandaran tidak terlatih(GSTT).
tak sangka aku berpeluang merasai apa yang dirasai guru2 aku dulu.
Memang mencabar jadi guru nie. Tambahan pula bekerja di sekolah lama aku.
aku anggap ini semua pengajaran kepada aku supaya lebih menghargai jasa baik guru. 
Maybe ada yang berpendapat kerjaya sebagai guru tidaklah sesukar mana.
aku juga berpendapat macam tu jugak tapi semua itu berubah bila aku merasainya.
Bukan sepanjang masa kita dengar cakap orang. 
Dulu aku x dengar cakap guru, sekarang anak murid aku x dengar kata.
Perasaan kecewa, marah dan sakit hati. Baru aku tahu begituah yang dialami guru2 aku sebelum ini. Aku terima segala balasan ini.

Nasib aku memang malang, habis je keje nak balik rumah, kena langgar dengan murid sendiri. tapi dia x tahu aku keje cikgu. dia tanya aku ok ke x. lepas tu teros blah je. nasib aku mengajar dia. aku tuntut Ganti rugi sebab motor aku ada masalah lepas kena langgar tu n baju aku koyak. Sampai aku dah bersara nie pon x dapat lagi duitnya.

Hari isnin aku diminta perkenalkan diri. Pengetua yang jemput aku,
fuhh, dah r aku x dimaklumkan pasal ni. Terketar-ketar kaki aku, nak perkenalkan diri je. tapi bila tangan dah pegang microphone, panjang lebar.
guru-guru dan murid-murid pakat gelak saja, bila pandang pengetua baru ingat nak berhenti cakap. 


Sungguh aku menyesal dengan segala kesalahan aku. Maafkan aku.
Kepada sahabat yang sudi membaca nukilan ini, hargailah pendidik kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...