Masa berlalu
dengan pantas, sudah pertengahan Ramadhan.
Sudah lama aku tidak update entry aku. sebenarnya aku telah memasuki
asrama. Aku mahu menumpukan pada peperiksaan STPM. Cerita ini tidak pasti sama
ada rekaan atau berkaitan dengan seseorang. Jika ada persamaan dengan sesiapa
yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, aku memohon maaf. Ini
adalah percubaan aku yang pertama menghasilkan sebuah CERPEN. Jika ada komen
atau cadangan, nyatakan pada shout out atau komen je terus kat bawah tu yer.
Selepas habes baca.
ONE MORE THING, IMPORTANT MASSAGE TO READER:
-TOLONG SHARE OR POST
PASAL ENTRY NIE KAT WALL FB KORANG. AKU MAHU MENDAPATKAN KOMEN-KOMEN DAN
CADANGAN SUPAYA . JIKA ADA YANG POSITIF, INSYA’ALLAH AKU AKAN CUBA MENGHASILKAN
YANG LAIN PULA ATAU SAMBUNGAN KISAH NI.
*KERJASAMA ANDA
AMATLAH DIHARGAI*
SELAMAT MEMBACA : )
CINTA TIDAK MEMANDANG PARAS RUPA???
INTRO:
Dulu, ketika Edy
masih berada di bangku persekolahan SPM dia tidak pernah memikirkan untuk menyanyangi seorang wanita bukan
muhrimnya. Apatah lagi untuk disayangi.
Semua itu tidak
lagi berlaku ketika Edy melangkah di pengajian pra-U. Ketika detik waktu
semakin berlalu pantas, perasaan itu muncul dalam hidupnya. Kekurangan dirinya
menghalang ia menjadi kenyataan. Edy seorang yang berbadan gempal, mukanya
penuh parut nakal dan agak gelap. “Cinta tidak mengenal paras rupa”, kata
orang. Dia berharap kata-kata itu benar.
KISAHNYA:
ADila, dialah yang
pertama menjadi pilihan EDY. Edy berada di sekolah yang sama dengan dia ketika dari
tingkatan satu hingga tingkatan lima. Agak lama tempoh masa itu. Namun dia
langsung tidak mengenali Adila. Edy hanya mengenalinya ketika bersama-sama
sahabatnya berhari raya di rumah si dia. Belum ada niat mengenalinya.
Sememangnya masa
itu pantas. Tamatnya SPM. Keputusan Edy tidaklah sebaik mana. Cukup sekadar
menjadi bualan rakan-rakan sekampungnya. Dia memohon program asasi. Kalau
diikutkan, keputusan SPM dia sudah pasti tidak memenuhi kelayakan program
asasi. Hanya berharap tuah badan, “Untung sabut timbul, Untung batu tenggelam”.
Tidaklah kecapaian hasratnya. permohonan dia tidak diterima.
Pra-U menjadi
pilihannya untuk meneruskan pengajian . Adila juga begitu. Bukanlah dia yang
menarik perhatian Edy ketika itu. Dunia sedikit berkembang. Lebih banyak bunga
indah berseri.
“…Pernah dulu kufikirkan tanpa cinta tak mengapa…”, berharap
dia dapat berpegang kepada lirik lagu ini. Berharap pendidikan yang menjadi
keutamaannya. Semua ini hanyalah harapan. Semakin hari semakin banyak bunga
yang bertemankan kumbang. Memberontak hatinya meminta tamanya diserikan dengan sekuntum
bunga agar taman hati tidak terlalu kusam. Terlalu lama kesunyian.
Tidaklah bergerak
lidah bila berhadapan dengan Adila. Tiada apa yang terucap. Laman sosial Facebook menjadi pilihannya.
Lama-kelamaan
hubungan mereka mulai rapat. Suka-duka dikongsikan bersama. Pernah dia
menangis, Edylah yang menemaninya. Sahabat-sahabat mula menyedari keakraban mereka.
Adila cuba menyembunyikan tapi bukan Edy. Dia berharap mereka semua
mengetahuinya.
Suatu malam Edy
menyuarakan desis halus suara hatinya:
“Assalamualaikum, : ) semua manusia bukanlah sempurna, bukan semua
kekuatan kamu ada. Bukan juga semua yang ada padamu lemah. Kelemahan kamu akan
diperkuatkan oleh pasangan kamu, kelemahan pasangan kamu pula akan diperkuatkan
dengan kekuatan kamu. Dua hati yang bersatu akan saling memperkuatkan diri
masing-masing. Berharap kamu dapat menjadi yang pertama dan selamanya dihatiku.
Aku sudah lama mengenali kamu, tapi kali ini hatiku memberontak menginginkan
kamu. Sudikah kamu menemani perjalanan hidup aku?”, pesanan ringkas yang
dihantar kepada si Adila.
Jam menunjukkan
pukul 2.30 pagi. Edy masih belum terlena. Masih menunggu SMSnya di balas.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Adila menelefonnya. Edy tidak menjawab panggilan
itu. Dia takut tiada apa yang terucap dari lidahnya. Panggilan terhenti.
Suasana menjadi sunyi sepi. Hanya unggas malam yang kedengaran. Kesunyian itu
dipecahkan dengan deringan telefonnya. Adila menelefonnya sekali lagi. Dia
memberanikan diri menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum”,
lembut suara Adila.
“wa…wa….wa…laikumsalam”
gagap Edy membalasnya.
“kamu buat apa ni?
Ish kamu ni malam-malam pun masih nak bergurau”
Tersentak Edy
mendengar kata-kata Adila itu. Fikiran melayang-layang.
“Edy…Edy…Edy… hey
kamu masih ada lagi ke ni” lamunannya terhenti.
“ye, awak. Awak
saya serius dengan apa yang saya cakapkan.” Dia menyakinkan Adila bahawa dia
benar-benar memaksudkannya.
Adila meletakkan
telefonnya apabila Edy berkata sedemikian. Edy memikirkan Adila menolaknya.
“sampai hati kamu
menolak aku Adila. Aku ingat kamu boleh terima aku seadanya. Aku ingat aku sudah cukup baik dengan kamu,” bentak
hatinya. Dalam masa yang sama hatinya memujuknya, mungkin dia belum bersedia
lagi, berilah dia sedikit masa memikirkannya.
Selepas panggilan
itu, mereka seolah-olah tidak mengenali antara satu sama lain. Edy sudah segan
berhadapan dengan Adila di sekolah.
Suatu hari mereka
terserempak, Edy cuba berpaling dan beredar segera. Namun begitu, tangannya
ditarik. Adila menariknya.
“kenapa kamu cuba mengelakkan diri kamu daripada aku?”
soal Adila..
“aku malu untuk berhadapan dengan kamu. Persoalan yang ada
belum kamu rungkaikan. Aku mahu mengetahuinya apa perasaan kamu terhadap aku.
Aku harap kamu sudi terima aku.” Laju Edy menjelaskannya.
“Maaflah tapi saya memang dah serik nak bercinta. Harap kamu
paham”
Edy terus berlalu apabila mendengar penjelasan Adila.
Hubungan mereka mulai menjadi regang. Mereka
seolah-olah bermusuhan. Berperang dingin. Masing-masing mendiamkan diri.
Dalam diam Adila
bukan sahaja diinginkan Edy. Sahabatnya Nuar juga memendam rasa terhadap
pilihan hati Edy. Nuar lebih berterus terang berbanding Edy. Dia menyatakan
rasa cintanya kepada Adila secara berhadapan.
“Aku bukanlah
sempurna seperti lelaki yang mampu membahagiakan semua wanita. Aku berharap
kamu menerima aku seperti mana kau menerima kekasih lama mu”, madah si Nuar.
Seperti mana Edy,
Adila tidak menolaknya.
Nuar tidak dapat
menerima tolakan itu. Dia berkeras mahu Adila menjadi pasangan hidupnya.
Berkali dia melamar. Setiap kalinya pasti sama, semua tidak diterima.
Suatu hari ketika Edy dan Nuar bersama-sama memancing di
kolam memancing ikan, Nuar menyatakan hasratnya kepada Edy.
“ Edy kamu tak pernah
rasa ke nak menyanyangi dan disayangi?” soal Nuar.
“ Aku tak mampu menambat hati sesiapa. Tiada apa-apa yang aku miliki mampu untuk
membuatkan kaum hawa terpikat dengan aku, Edy. Lainlah macam kau, rupa ada,
anak orang kaya lagi tu.”
“ kau ingat semua ini
mampu menarik hati perempuan? Zaman memanglah dah moden tapi perempuan yang aku
nak ni bukan yang pandang harta ataupun rupa. Dia mahukan keikhlasan. Mungkin
dia tak Nampak keikhlasan aku,”tegas Nuar.
“ Anak mami mana
pulak hang kenan ni? Mai habaq kat cek” Edy menggunakan dialek Penang. Berharap
dapat menghiburkan dan menenangkan Nuar yang kelihatan mula naik berang.
“ Adila lah, lama dah aku perhati dia. Dulu dia dah ada boyfriend tapi sekarang dah break. Tu pasal aku nak cepat-cepat masuk line. Takut kalau lambat nanti orang
lain kebas dulu,” jelas Nuar.
Terdiam Edy,
rupa-rupanya Nuar juga memendam rasa terhadap pilihannya. Edy tidak mahu Nuar
mengetahui bahawa dia juga memendam rasa. Walaupun baru sebentar mereka
memancing, Edy terus mengajak Nuar beredar.
Malam itu, walaupun
dia sudah mengaku kalah tidak mahu lagi mencuba nasib untuk memiliki Adila, dia
masih teringat kata-kata Nuar yang menginginkan Adila. Dia hanya menipu hatinya
bahawa dia tidak lagi mahukan Adila. Sekali lagi dia tidak dapat tidur lena
memikirkan permintaan hatinya. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi. Adila
menelefonya. Pantas dia mengangkatnya.
“ Edy, kau tak tidur lagi ke?, maaflah mengganggu kamu malam
ni, aku tak tahu nak ceritakan apa yang berlaku tadi. Aku harap kamu sudi
mendengarnya,” suaranya sebak.
“kenapa ni Dila? Apa yang sudah berlaku? Kau jelaskanlah apa
yang berlaku, aku sudi mendengarnya,” Edy cuba memujuk Adila.
“ Nuar marah sangat
dengan aku. Aku tak dapat memenuhi permintaan dia. Sebenarnya aku sudahpun
berpunya.”
Edy meletakkan
telefon. Perasannya sukar digambarkan. Luka tidak diterima diperitkan lagi
dengan ditaburkan garam.
Sepanjang malam dia
memikirkan.
“ Dulu kau kata dah serik nak bercinta, tak mahu lagi
merasakan kesakitan dipermainkan.”
“Permintaan aku kau anggap gurauan senda.”
“kau kata tak nak sakitkan hati sapa-sapa lagi”
“Kau fikir aku tak pernah ada perasaan?”
“Kau kata kau sudah berpunya, kenapa tak cerita pada si Dia
yang kau cintai, kenapa mesti aku?”
“kau sengaja memainkan perasaan aku Dila”
“Aku sakit sangat, pedih!”
“kau tipu aku, cakap memang dah serik tapi dalam diam kau
cari lain”
“ Nampak sangat diri aku yang lengkap dengan segala
ketidaksempurnaan menghalang hatimu dibuka untuk aku”
“CINTA TIDAK MEMANDANG PARAS RUPA????”
Hatinya berkata-kata.
“Arghhh…………. Semua bohong berlaka”
Jeritan Edy memecahkan kesunyian malam. Air matanya tidak
lagi mampu ditahannya.
Selepas peristiwa itu Edy hanya mampu melihat kebahagiaan pasangan
lain. Dia masih belum bersedia membiarkan hatinya terluka lagi. Sikap dia
dengan wanita lain mulai dingin. Adila pula mula menjauhkan diri daripada Edy.
Walaupun dia tahu dialah punca kekecewaan Edy, dia tidak langsung peduli
perihal Edy. Barulah Edy sedar, selemah-lemah wanita ada yang mampu melemahkan
dirinya.