Pages

Followers

Tuesday, 10 December 2013

psis Rasmi Drama Playboy Itu Suami Aku

Playboy Itu Suami Aku’ mengisahkan Afina (Nur Risteena), seorang gadis lemah lembut dan sopan santun ditemukan jodoh dengan Adrian (Fattah Amin), seorang playboy. Afina mempunyai seorang adik kembar tidak seiras, Afisya (Cha Cha Maembong) ataupun Fisya yang suka bersosial dan merupakan salah seorang teman wanita kepada Adrian.

Pada awal perkenalan mereka, Afina disimbah dengan air lopak apabila Adrian membawa kereta mewahnya dengan laju. Adrian bukan sahaja tidak minta maaf malah dia tidak sekalipun memperlahankan keretanya. Raja Adrian Benjamin ataupun ‘King’ (King of Crocodile) sering membuatkan Afina panas hati.

Suatu hari, Afina dan Syaf (Wan Sharmila) menghantar tempahan bunga untuk digubah di rumah Puan Sri Zahida (Dilla Ahmad) bersempena dengan majlis hari jadi cucunya. Puan Sri Zahida tertarik dengan penampilan Afina yang sopan dan tidak meninggalkan solat, maka dia membuat keputusan mengejut untuk mengahwinkan Adrian dan Afina. Macam-macam kutukan dilemparkan oleh Adrian kepada Afina, Afina berasa amat malu dan segera minta diri.

Puan Sri bertegas bahawa Adrian tetap akan berkahwin dengan Afina walaupun apa yang terjadi kerana dia yakin Afina bakal menjadi seorang isteri yang solehah dan jauh lebih bagus daripada teman-teman wanitanya. Bapanya juga meletakkan syarat yang Adrian perlu berkahwin dengan Afina jika dia mahu menjadi CEO kepada syarikat mereka, Kiara Emas.

Akhirnya Afina dan Adrian berkahwin kerana masing-masing mempunyai agenda sendiri. Selepas kahwin, Afina cuba menawan hati suaminya tetapi Adrian tetap dengan sikap kaki perempuannya. Malah, Adrian membuat pengakuan di hadapan Afina bahawa dia tidak ingin mengahwini Afina tetapi dia terpaksa mengikut kehendak ibu bapanya kerana mahu menjadi CEO syarikat. Adrian juga berkata dia tidak akan jatuh cinta dengan perempuan seperti Afina. Walaupun dibenci oleh Adrian, Afina bertekad untuk memikat hati Adrian dan menjadi isteri yang taat. Apakah faktor yang menyebabkan Afina bertukar fikiran untuk mengahwini seorang playboy? Oleh kerana cintanya tidak diterima oleh Adrian, Afina telah menulis isi hatinya dan disimpankan dalam botol sebelum ditanam di sebuah tempat rahsia.

Fisya menyimpan dendam terhadap Afina kerana berkahwin dengan teman lelakinya yang juga merupakan jejaka idaman dalam kalangan wanita. Fisya semakin tidak puas hati apabila Afina masih menjadi isteri yang sah dan kelihatan bahagia. Maka, Fisya telah menggoda Nazri (Jay Iswazir) dan memintanya melakukan sesuatu jika ingin memilikinya. Nazri hanya menuruti apa yang disuruh oleh Fisya.

Afina terlibat dalam sebuah kemalangan dan koma. Selepas dia sedar, dia hilang ingatan dan menjadi penghidap amnesia. Afina menjadi bingung kenapa dia boleh berkahwin dengan seorang playboy. Adrian pula mengingatkannya tentang janji mereka bahawa mereka akan terus menyamar sebagai pasangan yang bahagia di hadapan ibu bapanya sehingga Adrian dilantik sebagai CEO. Fisya pula meninggalkan Malaysia untuk menyambung pelajaran di luar negara.

Selepas sedar dari koma, Afina berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan berani melawan. Afina tidak lagi bersabar dengan karenah Adrian dan permintaan yang bukan-bukan daripadanya. Malah, Afina juga menuntut cerai. Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Di saat Adrian bersedia membuka pintu hatinya dan mula mencintai Afina, Afina telah meninggalkan Adrian tanpa pesanan. Apakah kepulangan Fisya mengundang masalah dalam hidup Adrian dan Afina? Adakah Adrian masih sudi mempercayai cinta Afina dan mereka berdua akan kembali bersama?

Barisan Pelakon Playboy Itu Suami Aku
  • Fattah Amin
  • Nur Risteena
  • Cha Cha Maembong
  • Wan Sharmila
  • Noralbaniah
  • Dilla Ahmad
  • Puteri Najuwa
  • Jay Iswazir 
  • Khairil Anwar dan ramai lagi.
Lagu Tema

Rindukahlah- oleh Encik Mimpi

cerita lawak --- speedtrap

Mengapa pakcik?, tanya seorang anak muda yg tadinya memberhentikan kereta Mit. Evo 10-nya di hadapan sebuah Viva yg berhenti di tepi lebuhraya ke utara. Entahlah nak, jawab org tua itu sambing menjeling ke arah isterinya, mencurigai anak muda itu. Hari pun dah nak malam, saya tarik sajalah kereta pakcik ni, saya ada bawa tali, kata anak muda itu. Tapi kereta anak laju, kereta pakcik ni viva saja, kata org tua itu. Jika saya laju, pakcik bagi lampu, flash kat saya, saya akan perlahan kata anak muda itu. Maka ditariklah oleh Mit. Evo 10 itu akan Viva itu. Segalanya berjalan lancar, tidaklak laju..
Tiba-tiba sebuah BMW 3 siries memintas kereta anak muda yg baik hati sambil membunyikan hon.. Menyirap darah anak muda itu, apa lagi, dikejarnya kereta yang mencabar tadi, lupa ia bahawa ia sedang menarik sebuah Viva. Perlumbaan pun berlaku, dan Viva pun terheretlah sama secara tak langsung dlm persaingan siapa laju itu.
Di bawah sebuah jejantas, seorang anggota polis, sedang membuat perangkap had laju.. Wah lajunya kereta-kereta tu, bisik hatinya, lantas dia membuat laporan: Tolong tahan, kereta BMW sekian nombor-sekian nombor, Mit. Evo 10, sekian nombor-sekian nombor kerana jauh melebih had laju. dan yang lebih penting tahan Viva sekian nombor-sekian nombor, periksa betul2 apa engin yang dia dah tukar, sebab dia berada rapat di belakang Mit Evo 10 tu, mencucuk-cucuk ke depan sambil bagi lampu flash lagi tak berhenti kpd kereta2 yg di depan..""

UEFA CHAMPION LEAGUE - LIVE STREAMING ONLINE 10 DECEMBER 2013 11 DECEMBER 2013

#UCL 2013/14 | Time Format : GMT+8
═════════════════════════════
❒ 03:45 AM| LIVE816 | Man. United v Shakhtar Donetsk 
http://tinyurl.com/m4lnlk5
http://tinyurl.com/mj2dgtf

❒ 03:45 AM| LIVE 817 | FC København v Real Madrid
http://tinyurl.com/lwn4msz
http://tinyurl.com/k5dx365

❒ 03:45 AM| LIVE 811 | Galatasaray v Juventus
http://tinyurl.com/n43fdus
http://tinyurl.com/k8468u8

❒ 03:45 AM| LIVE 801 | Benfica v PSG
http://tinyurl.com/m3gmwps
http://tinyurl.com/lzsdbaf

❒ 03:45 AM| LIVE 810 | Bayern Munich v Man. City
http://tinyurl.com/ljfbm9j
http://tinyurl.com/o27dyhk
═════════════════════════════
Alternative link : http://tinyurl.com/pw4bk2z

TERKINI BANJIR DI KUANTAN 10.12.2013

gambar selepas banjir di kuantan pahang 10 disember 2013 laporan terkini banjir di kuantan pahang 10 disember 2013

Keadaan banjir di negeri Pahang menunjukkan perkembangan yang positif pada Selasa apabila kawasan yang terjejas teruk sebelum ini semakin pulih dan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan juga kini berkurangan
Difahamkan kerja-kerja pembersihan di kawasan yang terjejas sebelum ini sedang giat dijalankan oleh pihak-pihak yang berkaitan dan juga sukarelawan

laporan terkini banjir di kuantan pahang 10 disember 2013
Dalam perkembangan yang sama, secara keseluruhannya jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 12,579 pagi Selasa berbanding 31,093 orang lewat malam Isnin
Berikut merupakan jumlah keseluruhan mangsa banjir mengikut pecahan di pusat pemindahan di negeri Pahang setakat tengahari Selasa
DaerahMangsaPusat pemindahan aktif
Kuantan6,45421
Rompin33
Pekan3,40836
Maran724
Jerantut433
Lipis27
Temerloh1233
Bera267
Raub-Ditutup
Menurut laporan sumber berita, memaklumkan hanya satu jalan utama masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Km14 Jalan Temerloh-Triang

UNTUK SUMBANGAN

Wednesday, 13 November 2013

TEORI HANYUTAN BENUA



Teori hanyutan benua....
dalam bentuk microsoft word....
sedia untuk diprintkan....




KLIK UNTUK MUAT TURUN 

Thursday, 7 November 2013

Alam Sekitar Manusia.
·         Manusia sebagai agen perubahan kerana mempunyai akal.

1)        Zaman memburu dan mengumpul
a)       Teori di perkenalkan oleh Charles Darwin.
b)       Juga dikenali sebagai zaman paleolitik.
c)       Manusia hanya mahir memburu dan mengumpul hasil hutan.
d)       Mereka hidup secara berpindah randah.
e)       Peralatan diperbuat daripada batu,kayu atau tulang.


2)       Zaman revolusi pertanian. (RT)
a)       Pertanian aktiviti utama.
b)       Bermula pada akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18.
c)       Dua sistem  pemilikan tanah. Persendirian (kaya) dan Awam.
d)       Menggunakan sistem padang terbuka. Tanah dibahagikan kepada 3 bahagian. 2 bahagian digunakan dan 1 lagi tidak kerana mahu menjaga kesuburan tanah.
e)       Tanaman dilakukan secara bergilir mengikut tahun dan musim untuk mendapatkan hasil yang efisien dan lumayan.
f)        Perkembangan RT dibantu oleh teknologi pertanian serta kaedah yang efisien.
i)          Alat menggembur  tanah telah diperkenalkan.
ii)       Batas pertanian telah digunakan.
iii)      Tanah disuburkan dengan mencampurkan tanah liat
g)       Kesan RT.
i)         Sumber ekonomi utama.
ii)       Wujud pertanian secara kormesial yang bermotifkan keuntungan.
iii)      Sumber makanan mencukupi.
iv)      Pembukaan tanah baru memusnahkan habitat flora dan fauna.
v)       Penggunaan baja kimia menyebabkan kesuburan tanah merosot.



3)       Penaklukan dunia baru.
a)       4 penjajahan utama di tanah melayu:
i)         Portugis(1511-1641)
ii)       Belanda (1641-1824)
iii)      Jepun (1942-1945)
iv)      Inggeris (1824-1941) dan (1946-1957)
b)       Punca dan pendorong
i)         Kawasan strategik ( laluan perdagangan barat dan timur).
ii)       Kekayaan sumber alam (bijih timah)
iii)      Konflik dalaman di negeri2 tanah melayu.
iv)      3G. Gold, God dan Glory.
v)       Meluaskan pasaran.
c)       Kesan:
i)         Pengenalan sistem pentadbiran barat.
ii)       Penggunaan undang2 barat.
iii)      Hasil muka bumi diambil oleh penjajah.
iv)      Perkembangan infrastruktur dan kemudahan asas.



4)       Revolusi Perindustrian. (Abad 15-16, 1750)
a.        Perubahan sistem yang mudah kepada lebih kompleks
b.       Penggunaan teknologi dan bahan kimia.
c.        Punca:
                                                   i.      Perkembangan pertanian menjamin sumber makanan yang mencukupi.
                                                  ii.      Modal yang besar dari Bank England.
                                                iii.      Sumber bahan mentah yang banyak.
                                                iv.      Tenaga kerja yang besar.
                                                  v.      Sistem pengangkutan yang maju.
Penciptaan mesin2 berteknologi.
d.       Kesan:
                                                   i.      Kemajuan sistem pengangkutan.
                                                  ii.      Migrasi dan pertambahan penduduk.
                                                iii.      Perluasan perdagangan antarabangsa.
                                                iv.      Masalah pencemaran dan kesihatan.

Wednesday, 3 July 2013

Berjinak-jinak dengan Adobe Photoshop

Fuhhh,,, penat mencuci blog ni.. mengah.. hahahhaha, lama dah x update blog ni, bersawang-sawang.

A'salammualaikum dan salam sejahtera semua, salam ukhuwah. terima kasih sebab sudi melawat blog ni eyh.
Nothing special but it can be a way to wider your mind. : )

Oleh sebab lama sangat nak menunggu keputusan kemasukan ke universiti, aku belajar mengedit gambar dengan adobe photoshop ni. Aku cuma guna Adobe Photoshop CS5 Extended, kalau nak diikutkan Adobe Photoshop ni dah sampai CS7. tapi nak buat macam mana ini je support netbook aku ni..

Teknik yang aku pelajari setakat ini ialah teknik Matte dimana permulaan gambar perlu disaturated dahulu.

Nak tutorial ke? maaf yer, aku pon baru je belajar, belum sampai tahap pertengahan pon lagi, baru level newbie, tapi kalau nak tanya sikit2 boleh kot jawab.

HA inilah hasil edit yer.

 SEBELUM
(KLIK PADA GAMBAR UNTUK LEBIH BESAR)
SELEPAS(KLIK PADA GAMBAR UNTUK LEBIH BESAR)

teknik MATTE ni sesuai untuk mengambarkan suasana yang suram kerana warna oren ialah warna yang suam.

Tuesday, 12 February 2013

BALASAN

Assalammualaikum, : )

last update blog 28 ogos 2012!
lama dah tak update blog nie. Nak tinggalkan sayang plak. Kepada follower terima kasih sebab sudi jadi follower dan TQ juga yang sudi stalk blog nie.

Lama x update sebab sibok dengan STPM. 
sebot pasal STPM, teringat pasal result yer dah nak keluar.
hari tu dalam meeting dengar result STPM keluar awal sebab ada pilihan raya.
Result STAM pon dah keluar, so dalam 3,4 minggu lagi r result STPM nak keluar.

Sempat jugak aku berkerja sebagai guru sandaran tidak terlatih(GSTT).
tak sangka aku berpeluang merasai apa yang dirasai guru2 aku dulu.
Memang mencabar jadi guru nie. Tambahan pula bekerja di sekolah lama aku.
aku anggap ini semua pengajaran kepada aku supaya lebih menghargai jasa baik guru. 
Maybe ada yang berpendapat kerjaya sebagai guru tidaklah sesukar mana.
aku juga berpendapat macam tu jugak tapi semua itu berubah bila aku merasainya.
Bukan sepanjang masa kita dengar cakap orang. 
Dulu aku x dengar cakap guru, sekarang anak murid aku x dengar kata.
Perasaan kecewa, marah dan sakit hati. Baru aku tahu begituah yang dialami guru2 aku sebelum ini. Aku terima segala balasan ini.

Nasib aku memang malang, habis je keje nak balik rumah, kena langgar dengan murid sendiri. tapi dia x tahu aku keje cikgu. dia tanya aku ok ke x. lepas tu teros blah je. nasib aku mengajar dia. aku tuntut Ganti rugi sebab motor aku ada masalah lepas kena langgar tu n baju aku koyak. Sampai aku dah bersara nie pon x dapat lagi duitnya.

Hari isnin aku diminta perkenalkan diri. Pengetua yang jemput aku,
fuhh, dah r aku x dimaklumkan pasal ni. Terketar-ketar kaki aku, nak perkenalkan diri je. tapi bila tangan dah pegang microphone, panjang lebar.
guru-guru dan murid-murid pakat gelak saja, bila pandang pengetua baru ingat nak berhenti cakap. 


Sungguh aku menyesal dengan segala kesalahan aku. Maafkan aku.
Kepada sahabat yang sudi membaca nukilan ini, hargailah pendidik kita.

Saturday, 4 August 2012

mencuba nasib: CERPEN


    Masa berlalu dengan pantas, sudah pertengahan Ramadhan.  Sudah lama aku tidak update entry aku. sebenarnya aku telah memasuki asrama. Aku mahu menumpukan pada peperiksaan STPM. Cerita ini tidak pasti sama ada rekaan atau berkaitan dengan seseorang. Jika ada persamaan dengan sesiapa yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, aku memohon maaf. Ini adalah percubaan aku yang pertama menghasilkan sebuah CERPEN. Jika ada komen atau cadangan, nyatakan pada shout out atau komen je terus kat bawah tu yer. Selepas habes baca.
 ONE MORE THING, IMPORTANT MASSAGE TO READER:
-TOLONG SHARE OR POST PASAL ENTRY NIE KAT WALL FB KORANG. AKU MAHU MENDAPATKAN KOMEN-KOMEN DAN CADANGAN SUPAYA . JIKA ADA YANG POSITIF, INSYA’ALLAH AKU AKAN CUBA MENGHASILKAN YANG LAIN PULA ATAU SAMBUNGAN KISAH NI.
*KERJASAMA ANDA AMATLAH DIHARGAI*
SELAMAT MEMBACA : )
CINTA TIDAK MEMANDANG PARAS RUPA???
  INTRO:
 Dulu, ketika Edy masih berada di bangku persekolahan SPM dia tidak pernah memikirkan untuk menyanyangi seorang wanita bukan muhrimnya. Apatah lagi untuk disayangi.
   Semua itu tidak lagi berlaku ketika Edy melangkah di pengajian pra-U. Ketika detik waktu semakin berlalu pantas, perasaan itu muncul dalam hidupnya. Kekurangan dirinya menghalang ia menjadi kenyataan. Edy seorang yang berbadan gempal, mukanya penuh parut nakal dan agak gelap. “Cinta tidak mengenal paras rupa”, kata orang. Dia berharap kata-kata itu benar. 
KISAHNYA:
 ADila, dialah yang pertama menjadi pilihan EDY. Edy berada di sekolah yang sama dengan dia ketika dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Agak lama tempoh masa itu. Namun dia langsung tidak mengenali Adila. Edy hanya mengenalinya ketika bersama-sama sahabatnya berhari raya di rumah si dia. Belum ada niat mengenalinya.
   Sememangnya masa itu pantas. Tamatnya SPM. Keputusan Edy tidaklah sebaik mana. Cukup sekadar menjadi bualan rakan-rakan sekampungnya. Dia memohon program asasi. Kalau diikutkan, keputusan SPM dia sudah pasti tidak memenuhi kelayakan program asasi. Hanya berharap tuah badan, “Untung sabut timbul, Untung batu tenggelam”. Tidaklah kecapaian hasratnya. permohonan dia tidak diterima.
   Pra-U menjadi pilihannya untuk meneruskan pengajian . Adila juga begitu. Bukanlah dia yang menarik perhatian Edy ketika itu. Dunia sedikit berkembang. Lebih banyak bunga indah berseri.
“…Pernah dulu kufikirkan tanpa cinta tak mengapa…”, berharap dia dapat berpegang kepada lirik lagu ini. Berharap pendidikan yang menjadi keutamaannya. Semua ini hanyalah harapan. Semakin hari semakin banyak bunga yang bertemankan kumbang. Memberontak hatinya meminta tamanya diserikan dengan sekuntum bunga agar taman hati tidak terlalu kusam. Terlalu lama kesunyian.
   Tidaklah bergerak lidah bila berhadapan dengan Adila. Tiada apa yang terucap. Laman sosial Facebook menjadi pilihannya.
   Lama-kelamaan hubungan mereka mulai rapat. Suka-duka dikongsikan bersama. Pernah dia menangis, Edylah yang menemaninya. Sahabat-sahabat mula menyedari keakraban mereka. Adila cuba menyembunyikan tapi bukan Edy. Dia berharap mereka semua mengetahuinya.
   Suatu malam Edy menyuarakan desis halus suara hatinya:

      “Assalamualaikum, : ) semua manusia bukanlah sempurna, bukan semua kekuatan kamu ada. Bukan juga semua yang ada padamu lemah. Kelemahan kamu akan diperkuatkan oleh pasangan kamu, kelemahan pasangan kamu pula akan diperkuatkan dengan kekuatan kamu. Dua hati yang bersatu akan saling memperkuatkan diri masing-masing. Berharap kamu dapat menjadi yang pertama dan selamanya dihatiku. Aku sudah lama mengenali kamu, tapi kali ini hatiku memberontak menginginkan kamu. Sudikah kamu menemani perjalanan hidup aku?”, pesanan ringkas yang dihantar kepada si Adila.

   Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Edy masih belum terlena. Masih menunggu SMSnya di balas. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Adila menelefonnya. Edy tidak menjawab panggilan itu. Dia takut tiada apa yang terucap dari lidahnya. Panggilan terhenti. Suasana menjadi sunyi sepi. Hanya unggas malam yang kedengaran. Kesunyian itu dipecahkan dengan deringan telefonnya. Adila menelefonnya sekali lagi. Dia memberanikan diri menjawab panggilan itu.
   “Assalamualaikum”, lembut suara Adila.
   “wa…wa….wa…laikumsalam” gagap Edy membalasnya.
  “kamu buat apa ni? Ish kamu ni malam-malam pun masih nak bergurau”
   Tersentak Edy mendengar kata-kata Adila itu. Fikiran melayang-layang.
   “Edy…Edy…Edy… hey kamu masih ada lagi ke ni” lamunannya terhenti.
   “ye, awak. Awak saya serius dengan apa yang saya cakapkan.” Dia menyakinkan Adila bahawa dia benar-benar memaksudkannya.
 Adila meletakkan telefonnya apabila Edy berkata sedemikian. Edy memikirkan Adila menolaknya.
   “sampai hati kamu menolak aku Adila. Aku ingat kamu boleh terima aku seadanya. Aku ingat aku  sudah cukup baik dengan kamu,” bentak hatinya. Dalam masa yang sama hatinya memujuknya, mungkin dia belum bersedia lagi, berilah dia sedikit masa memikirkannya.
   Selepas panggilan itu, mereka seolah-olah tidak mengenali antara satu sama lain. Edy sudah segan berhadapan dengan Adila di sekolah.
   Suatu hari mereka terserempak, Edy cuba berpaling dan beredar segera. Namun begitu, tangannya ditarik. Adila menariknya.
“kenapa kamu cuba mengelakkan diri kamu daripada aku?” soal  Adila..
“aku malu untuk berhadapan dengan kamu. Persoalan yang ada belum kamu rungkaikan. Aku mahu mengetahuinya apa perasaan kamu terhadap aku. Aku harap kamu sudi terima aku.” Laju Edy menjelaskannya.

“Maaflah tapi saya memang dah serik nak bercinta. Harap kamu paham”
Edy terus berlalu apabila mendengar penjelasan Adila.
   Hubungan mereka mulai menjadi regang. Mereka seolah-olah bermusuhan. Berperang dingin. Masing-masing mendiamkan diri.
   Dalam diam Adila bukan sahaja diinginkan Edy. Sahabatnya Nuar juga memendam rasa terhadap pilihan hati Edy. Nuar lebih berterus terang berbanding Edy. Dia menyatakan rasa cintanya kepada Adila secara berhadapan.
   “Aku bukanlah sempurna seperti lelaki yang mampu membahagiakan semua wanita. Aku berharap kamu menerima aku seperti mana kau menerima kekasih lama mu”, madah si Nuar.
   Seperti mana Edy, Adila tidak menolaknya.
   Nuar tidak dapat menerima tolakan itu. Dia berkeras mahu Adila menjadi pasangan hidupnya. Berkali dia melamar. Setiap kalinya pasti sama, semua tidak diterima.
Suatu hari ketika Edy dan Nuar bersama-sama memancing di kolam memancing ikan, Nuar menyatakan hasratnya kepada Edy.
“  Edy kamu tak pernah rasa ke nak menyanyangi dan disayangi?” soal Nuar.
“ Aku tak mampu menambat hati sesiapa.  Tiada apa-apa yang aku miliki mampu untuk membuatkan kaum hawa terpikat dengan aku, Edy. Lainlah macam kau, rupa ada, anak orang kaya lagi  tu.”
“  kau ingat semua ini mampu menarik hati perempuan? Zaman memanglah dah moden tapi perempuan yang aku nak ni bukan yang pandang harta ataupun rupa. Dia mahukan keikhlasan. Mungkin dia tak Nampak keikhlasan aku,”tegas Nuar.
 “ Anak mami mana pulak hang kenan ni? Mai habaq kat cek” Edy menggunakan dialek Penang. Berharap dapat menghiburkan dan menenangkan Nuar yang kelihatan mula naik berang.
“ Adila lah, lama dah aku perhati dia. Dulu dia dah ada boyfriend tapi sekarang dah break. Tu  pasal aku nak cepat-cepat masuk line. Takut kalau lambat nanti orang lain kebas dulu,” jelas Nuar.
   Terdiam Edy, rupa-rupanya Nuar juga memendam rasa terhadap pilihannya. Edy tidak mahu Nuar mengetahui bahawa dia juga memendam rasa. Walaupun baru sebentar mereka memancing, Edy terus mengajak Nuar beredar.
   Malam itu, walaupun dia sudah mengaku kalah tidak mahu lagi mencuba nasib untuk memiliki Adila, dia masih teringat kata-kata Nuar yang menginginkan Adila. Dia hanya menipu hatinya bahawa dia tidak lagi mahukan Adila. Sekali lagi dia tidak dapat tidur lena memikirkan permintaan hatinya. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi. Adila menelefonya. Pantas dia mengangkatnya.
“ Edy, kau tak tidur lagi ke?, maaflah mengganggu kamu malam ni, aku tak tahu nak ceritakan apa yang berlaku tadi. Aku harap kamu sudi mendengarnya,” suaranya sebak.
“kenapa ni Dila? Apa yang sudah berlaku? Kau jelaskanlah apa yang berlaku, aku sudi mendengarnya,” Edy cuba memujuk Adila.
   “ Nuar marah sangat dengan aku. Aku tak dapat memenuhi permintaan dia. Sebenarnya aku sudahpun berpunya.”
   Edy meletakkan telefon. Perasannya sukar digambarkan. Luka tidak diterima diperitkan lagi dengan ditaburkan garam.
   Sepanjang malam dia memikirkan.
“ Dulu kau kata dah serik nak bercinta, tak mahu lagi merasakan kesakitan dipermainkan.”
“Permintaan aku kau anggap gurauan senda.”
“kau kata tak nak sakitkan hati sapa-sapa lagi”
“Kau fikir aku tak pernah ada perasaan?”
“Kau kata kau sudah berpunya, kenapa tak cerita pada si Dia yang kau cintai, kenapa mesti aku?”
“kau sengaja memainkan perasaan aku Dila”
“Aku sakit sangat, pedih!”
“kau tipu aku, cakap memang dah serik tapi dalam diam kau cari lain”
“ Nampak sangat diri aku yang lengkap dengan segala ketidaksempurnaan menghalang hatimu dibuka untuk aku”
“CINTA TIDAK MEMANDANG PARAS RUPA????”
Hatinya berkata-kata.
“Arghhh…………. Semua bohong berlaka”
Jeritan Edy memecahkan kesunyian malam. Air matanya tidak lagi mampu ditahannya.

Selepas peristiwa itu Edy hanya mampu melihat kebahagiaan pasangan lain. Dia masih belum bersedia membiarkan hatinya terluka lagi. Sikap dia dengan wanita lain mulai dingin. Adila pula mula menjauhkan diri daripada Edy. Walaupun dia tahu dialah punca kekecewaan Edy, dia tidak langsung peduli perihal Edy. Barulah Edy sedar, selemah-lemah wanita ada yang mampu melemahkan dirinya.




Saturday, 28 April 2012


5.4 PINDAAN PERLEMBAGAAN
5.4.1 PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN (PP).
·          Perkara 159, PP memperuntukan pindaan PP.
·          Perlembagaan dipinda apabila Perlembagaan menghadpi proses penambahan / pemansuhan sesuatu dasar.
·          Pindaan Perlembagaan blh dilaksanakan Parlimen tanpa melibatkan referendum rakyat terlebih dahulu.
·          Pindaan blh dibuat melaui 4 cara:
a)        Cara 1: mendapat persetujuan lebih 2/3 ahli Majlis Parlimen & diperkenan Majlis Raja-Raja.
b)        Cara 2: mendapat persetujuan lebih 2/3 ahli Parlimen & kelulusan YDN Sabah & Sarawak.
c)        Cara 3: perkara2 yg memerlukan suara majoriti dlm Parlimen.
d)        Cara 4: perkara2 yg dipinda dgn mendapat persetujuan drpd 2/3 drpd ahli Majlis Parlimen.
5.4.2 PINDAAN PERLEMBAGAAN NEGERI (PN).
·          Pindaan PN dibuat melalui persetujuan 2/3 drpd ADUN dgn persetujuan Sultan(negeri beraja) atau YDN (negeri x beraja) dgn persetujuan YDPA.
·          Antara perkara tersebut ialah:
a)        Kedaulatan sultan atau YDN.
b)        Kedudukan sultan atau YDN.
c)        Kuasa pengampunan sultan atau YDN.
d)        Keistimewaan DUN.
·          Pindaan PN yg memerlukan persetujuan ADUN sahaja:
a)        Semua bentuk sumpah dan ikrar.
b)        Pemilihan dan pelantikan ADUN.
c)        Bilangan kerusi dlm DUN.
5.5 PILIHAN RAYA
·          Rakyat menentukan parti politikyg membentuk kerajaan & mentadbir negara melalui pilihan raya.
·          Diadakan setiap tahun utk memilih:
a)        Wakil rakyat di Parlimen utk memerintah negara.
b)        Wakil rakyat di DUN utk memerintah negeri.
·          Boleh diadakan sblm tempoh 5 tahun apabila YDPA membubarkan Parlimen atas cadangan PM.
5.5.1 SEJARAH & PERKEMBANGAN PILIHAN RAYA
·          Kwsn pilihan raya berubah dr semasa ke semasa.
·          Pilihan raya pertama di Tanah Melayu pd 1951 utk Majlis Perbandaran P. Pinang, seterusnya pd 1952 utk Majlis Perbandaran KL(MPKL).
·          Pilihan raya MPKL, Parti Perikatan UMNO-MCA memenagi 9 drpd 12 kerusi.
·          Dlm pilihan raya umum pertma(1955), Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC menang 51 drpd 52 kerusi. Isu utama ialah kemerdekaan & permuafakatan kaum.
·          Pilihan raya umum 1964 & 1974 perjuangkan kestabilan politik akibat masalah Konfrontasi Indonesia (1963) & peristiwa Rusuhan Kaum 13 Mei 1969.
·          Pilihan raya penting kerana menunjukkan sikap pengundi terhadap parti yg memerintah & parti pembangkang.
5.5.2 SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)
TUJUAN
·          Perkara 113 hingga 120, PP menyentuh dasar SPR utk memelihara, menyelia & mengekalkan proses demokrasi negara melalui pilihan raya yg adil & saksama.
·          SPR bertanggungjawab utk memastikan rakyat dpt memilih wakil mereka melalui undian secara langsung dlm setiap pilihan raya.
PERANAN
·          Menjalankan urusan pendaftaran pemilih & penyemakan daftar nama pemilih.
·          Mengisi kekosongan kerusi wakil rakyat dgn menjalankan pilihan raya bg Dewan Rakyat & DUN serta pilihan raya kecil.
·          Mengkaji & menyempadankan semula bahagian pilihan raya Parlimen & DUN dlm tempoh X krg drpd 8 thn slps tarikh akhir penyelesaian urusan persempadanan sebelumnya.
·          Mendaftarkan calon2 yg bertanding & memastikan calon berkelayakan.
·          Menerima & menyelidik rayuan tntg keputusan pilihan raya utk memastikan kelancaran perjalanan pilihan raya.
KEANGGOTAAN
·          Ahli2 SPR dilantik YDPA slps berunding dgn Majlis Raja-Raja yg terdiri drpd:
a)        Pengerusi.
b)        Timbalan Pengerusi.
c)        5 org ahli lain yg membantu dlm urusan SPR.
·          SPR merupakan bdn bebas drpd kawalan politik.
·          Bahagian Urus setia SPR merupakan pusat pentadbiran SPR.
·          Urus setia ini berperanan melaksanakan semua fungsi, dasar & keputusan SPR & ahli2nya terdiri drpd:
a)        Setiausaha sbg pentadbir.
b)        Pegawai pilihan raya Negeri yg mengetuai pejabat pilihan raya Negeri.
c)        Kakitangan urus setia.
·          Syarat2 menjadi ahli SPR:
a)        Berumur kurang drpd 65 tahun.
b)        Tidak muflis.
c)        Tdk memegang jawatan bergaji yg lain.
d)        Bukan ahli mana2 parti politk / wakil Dewan Parlimen atau DUN.
5.5.3 ELEMEN PENTING PILIHAN RAYA
PERATURAN PILIHAN RAYA
·          Undang2 & peraturan berkaitan urusan pilihan raya diwujudkan:
a)        Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).
b)        Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 9)
c)        Peraturan2 Pilihan Raya ( Perjalanan Pilihan Raya) 1981.
d)        Peraturan2 Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 1971.
e)        Peraturan2 Pilihan Raya (Pengundian mmelalui Pos bg semenanjung Malaysia) 1959.
f)         Peraturan2 Pilihan Raya (Pengundian mmelalui Pos bg Sabah & Sarawak) 1968.
PENGUNDI
·          Setiap pengundi (kecuali Wilayah Persekutuan) dikehendaki membuang 2 kertas undi (permilihan wakil DUN & Dewan Rakyat).
·          Kelayakan pengundi:
a)        Warganegara Malaysia.
b)        21 tahun ke atas.
c)        Berdaftar dgn SPR
d)        Bermastautin di bhgian pilihan raya.
e)        Tdk hlg kelayakan.
·          Bg yg bermastautin di luar kwsn pilihan raya blh mengundi pos, antaranya:
a)        Anggota perkhidamtan awam ( termasuk  isteri/suami) yg bertugas di luar negara.
b)        Pegawai2 SPR yg bertugas pd hari pengundian.
c)        Anggota polis sebagaimana yg ditetapkan oleh undang2 Malaysia.
d)        Pegawai tentera yg berkhidmat di hutan belantara.
e)        Pelajar2 ( termsuk suami/isteri) yg belajar di luar negara semasa pilihan raya.
·           Kertas undi pos mesti sampai kpd Pegawai Pengurus SPR sblm 5 ptg hari pengundian.
·          Urusan pendaftaran & penyemakan daftar pemilih atau pengundi dijalankan spnjg tahun.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...