Pages

Followers

Thursday, 7 November 2013

Alam Sekitar Manusia.
·         Manusia sebagai agen perubahan kerana mempunyai akal.

1)        Zaman memburu dan mengumpul
a)       Teori di perkenalkan oleh Charles Darwin.
b)       Juga dikenali sebagai zaman paleolitik.
c)       Manusia hanya mahir memburu dan mengumpul hasil hutan.
d)       Mereka hidup secara berpindah randah.
e)       Peralatan diperbuat daripada batu,kayu atau tulang.


2)       Zaman revolusi pertanian. (RT)
a)       Pertanian aktiviti utama.
b)       Bermula pada akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18.
c)       Dua sistem  pemilikan tanah. Persendirian (kaya) dan Awam.
d)       Menggunakan sistem padang terbuka. Tanah dibahagikan kepada 3 bahagian. 2 bahagian digunakan dan 1 lagi tidak kerana mahu menjaga kesuburan tanah.
e)       Tanaman dilakukan secara bergilir mengikut tahun dan musim untuk mendapatkan hasil yang efisien dan lumayan.
f)        Perkembangan RT dibantu oleh teknologi pertanian serta kaedah yang efisien.
i)          Alat menggembur  tanah telah diperkenalkan.
ii)       Batas pertanian telah digunakan.
iii)      Tanah disuburkan dengan mencampurkan tanah liat
g)       Kesan RT.
i)         Sumber ekonomi utama.
ii)       Wujud pertanian secara kormesial yang bermotifkan keuntungan.
iii)      Sumber makanan mencukupi.
iv)      Pembukaan tanah baru memusnahkan habitat flora dan fauna.
v)       Penggunaan baja kimia menyebabkan kesuburan tanah merosot.



3)       Penaklukan dunia baru.
a)       4 penjajahan utama di tanah melayu:
i)         Portugis(1511-1641)
ii)       Belanda (1641-1824)
iii)      Jepun (1942-1945)
iv)      Inggeris (1824-1941) dan (1946-1957)
b)       Punca dan pendorong
i)         Kawasan strategik ( laluan perdagangan barat dan timur).
ii)       Kekayaan sumber alam (bijih timah)
iii)      Konflik dalaman di negeri2 tanah melayu.
iv)      3G. Gold, God dan Glory.
v)       Meluaskan pasaran.
c)       Kesan:
i)         Pengenalan sistem pentadbiran barat.
ii)       Penggunaan undang2 barat.
iii)      Hasil muka bumi diambil oleh penjajah.
iv)      Perkembangan infrastruktur dan kemudahan asas.



4)       Revolusi Perindustrian. (Abad 15-16, 1750)
a.        Perubahan sistem yang mudah kepada lebih kompleks
b.       Penggunaan teknologi dan bahan kimia.
c.        Punca:
                                                   i.      Perkembangan pertanian menjamin sumber makanan yang mencukupi.
                                                  ii.      Modal yang besar dari Bank England.
                                                iii.      Sumber bahan mentah yang banyak.
                                                iv.      Tenaga kerja yang besar.
                                                  v.      Sistem pengangkutan yang maju.
Penciptaan mesin2 berteknologi.
d.       Kesan:
                                                   i.      Kemajuan sistem pengangkutan.
                                                  ii.      Migrasi dan pertambahan penduduk.
                                                iii.      Perluasan perdagangan antarabangsa.
                                                iv.      Masalah pencemaran dan kesihatan.

Wednesday, 3 July 2013

Berjinak-jinak dengan Adobe Photoshop

Fuhhh,,, penat mencuci blog ni.. mengah.. hahahhaha, lama dah x update blog ni, bersawang-sawang.

A'salammualaikum dan salam sejahtera semua, salam ukhuwah. terima kasih sebab sudi melawat blog ni eyh.
Nothing special but it can be a way to wider your mind. : )

Oleh sebab lama sangat nak menunggu keputusan kemasukan ke universiti, aku belajar mengedit gambar dengan adobe photoshop ni. Aku cuma guna Adobe Photoshop CS5 Extended, kalau nak diikutkan Adobe Photoshop ni dah sampai CS7. tapi nak buat macam mana ini je support netbook aku ni..

Teknik yang aku pelajari setakat ini ialah teknik Matte dimana permulaan gambar perlu disaturated dahulu.

Nak tutorial ke? maaf yer, aku pon baru je belajar, belum sampai tahap pertengahan pon lagi, baru level newbie, tapi kalau nak tanya sikit2 boleh kot jawab.

HA inilah hasil edit yer.

 SEBELUM
(KLIK PADA GAMBAR UNTUK LEBIH BESAR)
SELEPAS(KLIK PADA GAMBAR UNTUK LEBIH BESAR)

teknik MATTE ni sesuai untuk mengambarkan suasana yang suram kerana warna oren ialah warna yang suam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...