kerana yang meraung pemergian ibunya
bukanlah anak-anakmu
maka kau tidak merasa pilunya
kerana yg menjadi yatim
yang menjadi piatu
bukanlah anak-anakmu
maka tiada terharu hatimu.
kerana yang meratapi permergian anaknya
bukanlah bukanlah isterimu
kerana yang bergelimpangan
bermandian darah
bukanlah anak-anak watanmu
maka tiada sayulah hatimu
kerana yang dipijak kehinaan itu
bukanlah bangsa-bangsamu
maka kau tidak mengambil tahu.
sedarilah,
jika benar-benar kau mencintai kedamaian
menaruhkan segala jiwamu untuk keharmonian
hentikan pemerintahan berdarahmu,
sirami bumi ini dengan debunga wangi
bukannya racun dan api.
my comment is tukaq font type..susah nak baca..mentang2 la mata aku dah tua.. :) just 10sen opinion
ReplyDeletenice.. =)
ReplyDeletetq....sebenar ni pasal pemerintah yg kejam...
ReplyDelete