Pages

Followers

Saturday 28 April 2012

Pengajian Am STPM Bab 5 Sistem Perundangan Malaysia part 1


BAB 5: SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
5.1     PERKEMBANGAN UNDANG2 DI MALAYSIA
5.1.1 SUMBER UNDANG2
1. UNDANG-UNDANG BERTULIS
·          Merujuk kpd Perlembagaan Persekutuan & undang2 yg diluluskan Parlimen / DUN
·          Badan penggubal undang2:
o    Parlimen yg mewakili Kerajaan Persekutuan.
o    DUN yg mewakili Kerajaan Negeri.
·          Undang2 bertulis terdiri drpd:
o    Perlembagaan (Persekutuan & Negeri)
o    Statut (Akta, Enakmen & Ordinan)
o    Perundangan Kecil.
o    Undang2 subsidiari.
a)  Perlembagaan Persekutuan(PP)
·          Sumber utama undang2 bertulis.
·          Perincian kuasa Parlimen & DUN.
·          Undang2 yg bertentangan dgn PP akan terbatal.
·          Perkara yg termaktub dlm PP:
o    YDPA sbg Ketua Persekutuan.
o    Islam sbg agama Persekutuan.
o    Kebebasan asasi.
o    Hubungan antara Kerajaan Persekutuan dgn Kerajaan Negeri.
b) Perlembagaan Negeri (PN)
·          Perkara 7(4), PP mengatakan bahawa semua PN mengandungi “Perkara Perlu” yg disenarai dlm Jadual Kelapan.
·          Sabah & Sarawak mendapat perlembagaan melalui Perjanjian Malaysia yg memberi peruntukan tambahan kp negeri2 berkenaan.
c)  Statut.
·          Terdiri drpd Akta, Enakmen & Ordinan.
·          Akta – undang2 yg digubal Parlimen (SEPT 1959)
·          Enakmen  - undang2 yg dibuat DUN di setiap negeri kecuali Sabah & Sarawak.
·          Ordinan – undang2 yg digubal DUN Sarawak.
                - undang2 yg digubal oleh badan perundangan di peringkat kerajaan pusat (1946 – SEPT 1959).
                - undang2 yg dikeluarkan YDPA semasa darurat.

d) Perundangan Kecil

·          Peraturan, perintah, pemberitahuan & pengisytiharan yg dibuat badan2 berkuasa yg diberi kuasa oleh Akta Parlimen dan Enakmen DUN.
·          Diadakan untuk:
o    Membolehkan bdn berkuasa & agensi membuat perincian terhadap undang2 dr atasan.
o    Membolehkan bdn berkuasa & agensi membuat udang2 yg sesuai dgn bidang masing2.
·          Mudah diubah & anjal.
·          Boleh diisytiharkan ultra vires sekiranya bercanggah dgn Akta Parlimen &  Enakmen DUN.
e) Undang-undang Subsidiari
·          Peraturan & kaedah yg dibuat oleh seseorang sprti Menteri / bdn di bwh kuasa yg diwakilkan oleh Akta Parlimen  / Enakmen DUN.
2. UNDANG-UNDANG TIDAK BERTULIS
·          X  digubal mana2 bdn perundangan.
·          X dpt dikesan dlm PP / PN.
·          Sumber undang2 kedua slps undang2 bertulis.
·          Cth:
o    Undang2 adat.
o    Undang2 Islam.
o    Undang2 Lazim Inggeris (common Law)
o    Keputusan2 mahkamah /  Doktrin Duluan Kehakiman.
a)  undang2 adat.
·          Melambangkan amalan, tatatertib & sopan Santun dlm masyarakat.
·          Cth undang2 adat:
o    Adat Melayu (perpatih & temenggung)
o    Adat Peribumi Sabah & Sarawak.
o    Undang2 adat Cina.
o    Undang2 adat India.
 b)  Undang2 Islam.
·          Bidang kuasa menggubal undang2 Islam di bwh kuasa raja bg negeri2 beraja. Bg negeri x beraja sprti P. Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan di bwh YDPA.
·          Merupakan gabungan adat Melayu yg diubah suai mengikut hukum Islam dgn undang2 Islm Mazhab Shafie.
·          Sumber utama ialah al-Qur’an & hadis (sunnah).
·          Terhad kpd orang Islam & ditadbir oleh Mahkamah Syariah.
·          Perkara2 yang ditentukan undang2 Islam:
ü  Perkhawinan & perceraian.
ü  Pengambilan anak angkat.
ü  Warisan tanah & harta pusaka.
ü  Kesalahan2 dlm hukum Islam.
Pelaksaan undang-undang Islam
·          Sultan menerima nasihat drpd Majlis Agama Islam dlm melaksanakan tugas sbg ketua agama Islam di negerinya.
·          Majlis Agama Islam berkuasa dlm:
ü  Keluarkan fatwa berkenaan hal undang2 Islam.
ü  Mentadbir wakaf-wakaf.
·          Jabatan Hal Ehwal Agama Islam menguruskan hal2 tentang:
ü  Pentadbiran harta.
ü  Pemungutan fitrah & zakat.
ü  Mengurus baitulmal.
b) UNDANG2 LAZIM INGGERIS ( COMMON LAW )
·          Semua Enakmen & Ordinan yg dibentuk sebelum ini digabungkan dlm Akta Undang-undang Sivil 1956.
·          Penggunaannya melalui penguatkuasaan Seksyen 3 & Seksyen 5, Akta Undang2 Sivil 1956.
·          Seksyen 3, PP memeperuntukkan syarat2 penggunaan common law:
ü  Pilihan terakhir jika tiada statut tempatan.
ü  Yg bersesuaian shja.
·          Seksyen 5(1) & Seksyen 5(2), PP menunjukkan penerimaan Undang2 Inggeris oleh bdn perundangan.
c) KEPUTUSAN MAHKAMAH / DOKTRIN DULUAN KEHAKIMAN.
·          Keputusan kehakiman yg lebih tinggi & terdahulu menjadi panduan.
·          Keputusan Mahkamah Atasan akn dirujuk sekiranya tiada undang2 bertulis menyentuh tentang kes terbabit.
·          Semasa membuat keputusan berasaskan Doktrin Duluan Kehakiman, hakim akn mengikut prinsip keputusan hakim terdahulu yg pernah mngendalikan kes serupa.
·          Keputusan Mahkamah Rendah harus berpandukan keputusan Mahkamah Atasan.
·          Sekiranya tiada Doktin Duluan Kehakiman, Mahkamah Persekutuan / Mahkmah Tinggi terikat utk membuat keputusan duluan sendiri utk kes berkenaan.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...