Pages

Followers

Tuesday 10 December 2013

psis Rasmi Drama Playboy Itu Suami Aku

Playboy Itu Suami Aku’ mengisahkan Afina (Nur Risteena), seorang gadis lemah lembut dan sopan santun ditemukan jodoh dengan Adrian (Fattah Amin), seorang playboy. Afina mempunyai seorang adik kembar tidak seiras, Afisya (Cha Cha Maembong) ataupun Fisya yang suka bersosial dan merupakan salah seorang teman wanita kepada Adrian.

Pada awal perkenalan mereka, Afina disimbah dengan air lopak apabila Adrian membawa kereta mewahnya dengan laju. Adrian bukan sahaja tidak minta maaf malah dia tidak sekalipun memperlahankan keretanya. Raja Adrian Benjamin ataupun ‘King’ (King of Crocodile) sering membuatkan Afina panas hati.

Suatu hari, Afina dan Syaf (Wan Sharmila) menghantar tempahan bunga untuk digubah di rumah Puan Sri Zahida (Dilla Ahmad) bersempena dengan majlis hari jadi cucunya. Puan Sri Zahida tertarik dengan penampilan Afina yang sopan dan tidak meninggalkan solat, maka dia membuat keputusan mengejut untuk mengahwinkan Adrian dan Afina. Macam-macam kutukan dilemparkan oleh Adrian kepada Afina, Afina berasa amat malu dan segera minta diri.

Puan Sri bertegas bahawa Adrian tetap akan berkahwin dengan Afina walaupun apa yang terjadi kerana dia yakin Afina bakal menjadi seorang isteri yang solehah dan jauh lebih bagus daripada teman-teman wanitanya. Bapanya juga meletakkan syarat yang Adrian perlu berkahwin dengan Afina jika dia mahu menjadi CEO kepada syarikat mereka, Kiara Emas.

Akhirnya Afina dan Adrian berkahwin kerana masing-masing mempunyai agenda sendiri. Selepas kahwin, Afina cuba menawan hati suaminya tetapi Adrian tetap dengan sikap kaki perempuannya. Malah, Adrian membuat pengakuan di hadapan Afina bahawa dia tidak ingin mengahwini Afina tetapi dia terpaksa mengikut kehendak ibu bapanya kerana mahu menjadi CEO syarikat. Adrian juga berkata dia tidak akan jatuh cinta dengan perempuan seperti Afina. Walaupun dibenci oleh Adrian, Afina bertekad untuk memikat hati Adrian dan menjadi isteri yang taat. Apakah faktor yang menyebabkan Afina bertukar fikiran untuk mengahwini seorang playboy? Oleh kerana cintanya tidak diterima oleh Adrian, Afina telah menulis isi hatinya dan disimpankan dalam botol sebelum ditanam di sebuah tempat rahsia.

Fisya menyimpan dendam terhadap Afina kerana berkahwin dengan teman lelakinya yang juga merupakan jejaka idaman dalam kalangan wanita. Fisya semakin tidak puas hati apabila Afina masih menjadi isteri yang sah dan kelihatan bahagia. Maka, Fisya telah menggoda Nazri (Jay Iswazir) dan memintanya melakukan sesuatu jika ingin memilikinya. Nazri hanya menuruti apa yang disuruh oleh Fisya.

Afina terlibat dalam sebuah kemalangan dan koma. Selepas dia sedar, dia hilang ingatan dan menjadi penghidap amnesia. Afina menjadi bingung kenapa dia boleh berkahwin dengan seorang playboy. Adrian pula mengingatkannya tentang janji mereka bahawa mereka akan terus menyamar sebagai pasangan yang bahagia di hadapan ibu bapanya sehingga Adrian dilantik sebagai CEO. Fisya pula meninggalkan Malaysia untuk menyambung pelajaran di luar negara.

Selepas sedar dari koma, Afina berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan berani melawan. Afina tidak lagi bersabar dengan karenah Adrian dan permintaan yang bukan-bukan daripadanya. Malah, Afina juga menuntut cerai. Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Di saat Adrian bersedia membuka pintu hatinya dan mula mencintai Afina, Afina telah meninggalkan Adrian tanpa pesanan. Apakah kepulangan Fisya mengundang masalah dalam hidup Adrian dan Afina? Adakah Adrian masih sudi mempercayai cinta Afina dan mereka berdua akan kembali bersama?

Barisan Pelakon Playboy Itu Suami Aku
  • Fattah Amin
  • Nur Risteena
  • Cha Cha Maembong
  • Wan Sharmila
  • Noralbaniah
  • Dilla Ahmad
  • Puteri Najuwa
  • Jay Iswazir 
  • Khairil Anwar dan ramai lagi.
Lagu Tema

Rindukahlah- oleh Encik Mimpi

cerita lawak --- speedtrap

Mengapa pakcik?, tanya seorang anak muda yg tadinya memberhentikan kereta Mit. Evo 10-nya di hadapan sebuah Viva yg berhenti di tepi lebuhraya ke utara. Entahlah nak, jawab org tua itu sambing menjeling ke arah isterinya, mencurigai anak muda itu. Hari pun dah nak malam, saya tarik sajalah kereta pakcik ni, saya ada bawa tali, kata anak muda itu. Tapi kereta anak laju, kereta pakcik ni viva saja, kata org tua itu. Jika saya laju, pakcik bagi lampu, flash kat saya, saya akan perlahan kata anak muda itu. Maka ditariklah oleh Mit. Evo 10 itu akan Viva itu. Segalanya berjalan lancar, tidaklak laju..
Tiba-tiba sebuah BMW 3 siries memintas kereta anak muda yg baik hati sambil membunyikan hon.. Menyirap darah anak muda itu, apa lagi, dikejarnya kereta yang mencabar tadi, lupa ia bahawa ia sedang menarik sebuah Viva. Perlumbaan pun berlaku, dan Viva pun terheretlah sama secara tak langsung dlm persaingan siapa laju itu.
Di bawah sebuah jejantas, seorang anggota polis, sedang membuat perangkap had laju.. Wah lajunya kereta-kereta tu, bisik hatinya, lantas dia membuat laporan: Tolong tahan, kereta BMW sekian nombor-sekian nombor, Mit. Evo 10, sekian nombor-sekian nombor kerana jauh melebih had laju. dan yang lebih penting tahan Viva sekian nombor-sekian nombor, periksa betul2 apa engin yang dia dah tukar, sebab dia berada rapat di belakang Mit Evo 10 tu, mencucuk-cucuk ke depan sambil bagi lampu flash lagi tak berhenti kpd kereta2 yg di depan..""

UEFA CHAMPION LEAGUE - LIVE STREAMING ONLINE 10 DECEMBER 2013 11 DECEMBER 2013

#UCL 2013/14 | Time Format : GMT+8
═════════════════════════════
❒ 03:45 AM| LIVE816 | Man. United v Shakhtar Donetsk 
http://tinyurl.com/m4lnlk5
http://tinyurl.com/mj2dgtf

❒ 03:45 AM| LIVE 817 | FC København v Real Madrid
http://tinyurl.com/lwn4msz
http://tinyurl.com/k5dx365

❒ 03:45 AM| LIVE 811 | Galatasaray v Juventus
http://tinyurl.com/n43fdus
http://tinyurl.com/k8468u8

❒ 03:45 AM| LIVE 801 | Benfica v PSG
http://tinyurl.com/m3gmwps
http://tinyurl.com/lzsdbaf

❒ 03:45 AM| LIVE 810 | Bayern Munich v Man. City
http://tinyurl.com/ljfbm9j
http://tinyurl.com/o27dyhk
═════════════════════════════
Alternative link : http://tinyurl.com/pw4bk2z

TERKINI BANJIR DI KUANTAN 10.12.2013

gambar selepas banjir di kuantan pahang 10 disember 2013 laporan terkini banjir di kuantan pahang 10 disember 2013

Keadaan banjir di negeri Pahang menunjukkan perkembangan yang positif pada Selasa apabila kawasan yang terjejas teruk sebelum ini semakin pulih dan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan juga kini berkurangan
Difahamkan kerja-kerja pembersihan di kawasan yang terjejas sebelum ini sedang giat dijalankan oleh pihak-pihak yang berkaitan dan juga sukarelawan

laporan terkini banjir di kuantan pahang 10 disember 2013
Dalam perkembangan yang sama, secara keseluruhannya jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 12,579 pagi Selasa berbanding 31,093 orang lewat malam Isnin
Berikut merupakan jumlah keseluruhan mangsa banjir mengikut pecahan di pusat pemindahan di negeri Pahang setakat tengahari Selasa
DaerahMangsaPusat pemindahan aktif
Kuantan6,45421
Rompin33
Pekan3,40836
Maran724
Jerantut433
Lipis27
Temerloh1233
Bera267
Raub-Ditutup
Menurut laporan sumber berita, memaklumkan hanya satu jalan utama masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Km14 Jalan Temerloh-Triang

UNTUK SUMBANGAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...