Pages

Followers

Saturday 10 March 2012

pengajian am bab 8: dasar luar malaysia part I

BAB 8 DASAR LUAR MALAYSIA
8.1 FAKTOR PENENTUAN DASAR LUAR
·          Meliputi keharmonian, hubungan politik & kerjasama ekonomi antara Malaysia dgn dunia luar.
·          Dibahagikan kpd 4:
o    Faktor dalaman.
o    Factor luaran
o    Factor sejarah & budaya.
o    Factor kepimpinan.
8.1.1 FAKTORR DALAMAN
·          Kepentingan keselamatan, iaitu mengelakkan sebarang ancaman dr Negara lain.
·          Kedudukan ekonomi, bergantung pd hubungan perdagangan antarabangsa yg baik dgn semua Negara tanpa mengira ideology.
·          Kedudukan geostrategic:
ü  Terletak di Asia Tenggara yg X mengalami masalah ketidakstabilan politik.
ü  Terletak di persimpangan dua jln laut antara Timur dgn Barat y menarik minat kuasa luar utk meluaskan pengaruh masing2.
ü  Mengutamakan hubungan yg baik dgn negara2 Asia Tenggara melalui ASEAN agar X timbul sbrg ancaman drpd mana2 negara.
8.1.2 FAKTOR LUARAN
·          Malaysia merupakan penyokong kuat Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) & sentiasa mematuhi arahan dlm hal berikut:
ü  Melindungi negara2 kecil.
ü  Melindungi hak asasi manusia.
ü  Memelihara keamanan.
ü  Menegakkan keadilan & kewibawaan undang2.
ü  Menggalakkan perkembangan ekonomi & social.
·          Malaysia mengamalkan dasar berkecuali, iaitu:
ü  Mengadakan hubungan yg baik dgn semua Negara tanpa mengira ideology.
ü  Menjadi anggota dan menyokong segala usaha Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).
8.1.3 FAKTOR SEJARAH & BUDAYA
·          Malaysia merupakan bekas jajahan British:
o    Menjadi anggota Komanwel & sokong segala usahanya.
o    Meneruskan hubungan baik dgn Britain.
·          Malaysia amat menitikberatkan perpaduan Islam:
o    Menitikberatkan hubungan baik dgn negara2 Islam.
o    Menyertai & menyokong usaha Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC).
o    Menyokong projek2 tertentu sprti Bank Pembangunan Islam.
o    Menjadi ahli Kumpulan Lapan Negara2 Membangun (D8).
8.1.4 FAKTOR KEPIMPINAN
·          PM-1, Tunku Abdul Rahman (1957-1971) bergantung pd Barat dr segi perdagangan & ketenteraan serta mengamalkan dasar pro-Barat dan antikomunis.
·          PM-2, Tun Abdul Razak (1971-1976) mengamalkan dasar berkecuali & mengadakan hubungan diplomatic dgn negara2 komunis.
·          PM-3, Tun Hussein Onn (1977-1981) mengutamakan kerjasama serantau & memupuk persahabatan dgn negara2 Islam.
·          PM-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003) berusaha mengurangkan pergantungan yg tinggi kpd Barat, berdikari dlm semua aspek, memberikan keutamaan yg lebih kpd hubungan ekonomi, &  mementingkan kerjasama dgn Selatan-Selatan (hubungan ekonomi dgn negara2 kecil).
·          PM-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi(2003-2009) mementingkan keselamatan dlm negara & meneruskan kerjasama dgn ASEAN.
·          PM-6, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mementingkan keamanan & kesejahteraan rakyat pd peringkat global.
8.2 PERKEMBANGAN DASARLUAR MENGIKUT ERA KEPIMPINAN KERAJAAN.
8.2.1 ERA KEPIMPINAN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
·          Dapatkan bantuan British untk selesaikan konflik politik Malaysia sprti isu pembentukan Malaysia, Tuntutan Filipina ke atas Sabah dll.
·          Amalkan dasar perdagangan bebas & terbuka khusus dgn negara2 barat.
·          Menandatangani Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya(AMDA) dgn British.
·          Penekanan kpd kerjasama serantau melalui penubuhan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pd tahun 1967.
8.2.2 ERA KEPIMPINAN  TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN
·          Amalkan dasar berkecuali slps 1970.
·          Menekankan keperluan Malaysia sbgai sebuah negara merdeka untk bebas dr penguasaan Barat.
·          Akan menolak segala doktrin komunisme yg X sesuai, masih kekalkan hubungan diplomatik dgn negara2 komunis.
·          Perluas hubungan diplomatik dgn dunia luar sprti Afrika & Asia(termasuk  China), Amerika Latin, Pasifik Selatan & Timur Tengah.
·          Sokong konsep Zon Aman, Bebas & Berkecuali (ZOPFAN) ( 1971).
8.2.3 ERA KEPIMPINAN TUN HUSSEIN ONN
·          Memainkan peranan penting dlm penubuhan ASEAN.
·          Selesaikan masalah Kemboja (Kampuchea) slrs dgn matlamat ASEAN.
·          Mempererat hubungan antara Malaysia dgn China.
8.2.4 ERA KEPIMPINAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD.
·          Dasar luar Malaysia berubah bwh kepimpinan beliau.
·          Perkenalkan Dasar Pandang ke Timur(1983) yg melibatkan penghantaran kakitangan awam untk menjalani latihan pengurusan sektor awam & swasta di Jepun & Korea Selatan.
·          Mengurangkan pelaburan ke negara Barat.
·          Memupuk hubungan & kerjasama serantau serta menekankan kerjasama dgn Selatan-Selatan,
·          Menyesuaikan dasar luar dgn trend era globalisasi dgn menyokong penubuhan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) & kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
·          Terus memainkan peranan aktif dlm NAM & OIC.
8.2.5 ERA KEPIMPINAN TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI
·          Dasar luar yg bersifat berkecuali / neutral & X bersikap berat sebelah dlm usaha mengekalkan hubungan mesra dgn semua negara.
·          Dasar luar yg berprinsip, bebas & pragmatik sbgai usaha untk mengekalkan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa.
·          Hubungan diplomatik dgn negara2 lain akn ditadbir dgn bijak.
·          Langkah lain yg diambil:
o    Kukuhkan kedudukan ekonomi di pasaran dunia menerusi peluasan rangkaian perniagaan.
o    Terus membantu untk selesaikan krisis di peringkat antarabangsa.
o    Membawa kemajuan dn memberikan dimensi baharu kpd organisasi antarabangsa sprti OIC, NAM, ASEAN dll.
o    Meneruskan dasar yg dipelopori PM ke-4.
8.2.6 ERA KEPIMPINAN DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK.
·          Lancarkan konsep 1 Malaysia (Rakyat didahulukan, Percapaian diutamakan).
·          Meneruskan Perjanjian Perdagangan Bebas antara negara2 ASEAN dgn negara2 maju sprti China, Jepun, Korea Selatan agar memanfaatkan faedah optimum untk pembangunan negara.
·          Beberapa isu penting bg hubungan Malaysia dgn negara2 ASEAN juga diberikan perhatian. Sprti isu pengganas, pertahanan serantau, ekonomi.
·          Isu Malaysia & Global juga diberi fokus. Tindakan secara kolektif perlu dilakukan oleh semua negara anggota PBB demi keamanan sejagat.
·          Tetap mengamalkan Dasar Luar Berkecuali.
8.3 MALAYSIA & HUBUNGAN SERANTAU (ASEAN).
8.3.1 KEANGGOTAAN ASEAN
·          Ditubuhkan di Bangkok, Thailand (8 Ogos 1967) melalui Deklarasi Bangkok.
·          Terdiri drpd Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura & Thailand. Brunei ( 7 Januari 1984), Vietnam(1995), Myammar & Laos (1997), Kemboja(1999).
8.3.2 MATLAMAT ASEAN
·          Percepat pertumbuhan ekonomi, budaya, kemajuan sosial & pembangunan kebudayaan di rantau Asia Tenggara.
·          Menggalakkan keamanan & kestabilan politik dgn mematuhi prinsip Piagam PBB.
·          Menggalakkan kerjasama & bantuan  antara satu sama lain.
·          Meningkatkan taraf hidup rakyat negara anggota melalui kerjasama dlm sektor pertanian dan perdagangan.
·          Eratkan hubungan dgn pertubuhan serantau & antarabangsa lain.
8.3.3 BENTUK KERJASAMA
KERJASAMA POLITIK
·          Konsep ZOPFAN diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur (27 November 1971). Matlamat penubuhan ZOPFAN:
ü  Pelihara keamanan & kestabilan politik di Asia Tenggara dgn elakkan campur tangan luar sprti Russia, US, China.
ü  Sediakan saluran untk selesaikan pertikaian yg berlaku di Asia Tenggara secara aman bkn cara kekerasan.
ü  Mengelakkan terlibat dlm pertikaian antara kuasa besar.
ü  Beri peluang kpd negara anggota untk tentukan nasib sendiri.
·          Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) dibentuk pd 16 Disember 1987 untk memastikan kwsn ASEAN bebas drpd ancaman senjata Nuklear.
·          ASEAN amalkan pendirian bersama dlm isu politik sprti pencerobohan Vietnam  d Kemboja, iaitu tentera Vietnam harus berundur dr Kemboja & rakyatnya diberi peluang utk menentukan nasib negara mereka sendiri.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...