Pages

Followers

Saturday 4 August 2012

mencuba nasib: CERPEN


    Masa berlalu dengan pantas, sudah pertengahan Ramadhan.  Sudah lama aku tidak update entry aku. sebenarnya aku telah memasuki asrama. Aku mahu menumpukan pada peperiksaan STPM. Cerita ini tidak pasti sama ada rekaan atau berkaitan dengan seseorang. Jika ada persamaan dengan sesiapa yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, aku memohon maaf. Ini adalah percubaan aku yang pertama menghasilkan sebuah CERPEN. Jika ada komen atau cadangan, nyatakan pada shout out atau komen je terus kat bawah tu yer. Selepas habes baca.
 ONE MORE THING, IMPORTANT MASSAGE TO READER:
-TOLONG SHARE OR POST PASAL ENTRY NIE KAT WALL FB KORANG. AKU MAHU MENDAPATKAN KOMEN-KOMEN DAN CADANGAN SUPAYA . JIKA ADA YANG POSITIF, INSYA’ALLAH AKU AKAN CUBA MENGHASILKAN YANG LAIN PULA ATAU SAMBUNGAN KISAH NI.
*KERJASAMA ANDA AMATLAH DIHARGAI*
SELAMAT MEMBACA : )
CINTA TIDAK MEMANDANG PARAS RUPA???
  INTRO:
 Dulu, ketika Edy masih berada di bangku persekolahan SPM dia tidak pernah memikirkan untuk menyanyangi seorang wanita bukan muhrimnya. Apatah lagi untuk disayangi.
   Semua itu tidak lagi berlaku ketika Edy melangkah di pengajian pra-U. Ketika detik waktu semakin berlalu pantas, perasaan itu muncul dalam hidupnya. Kekurangan dirinya menghalang ia menjadi kenyataan. Edy seorang yang berbadan gempal, mukanya penuh parut nakal dan agak gelap. “Cinta tidak mengenal paras rupa”, kata orang. Dia berharap kata-kata itu benar. 
KISAHNYA:
 ADila, dialah yang pertama menjadi pilihan EDY. Edy berada di sekolah yang sama dengan dia ketika dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Agak lama tempoh masa itu. Namun dia langsung tidak mengenali Adila. Edy hanya mengenalinya ketika bersama-sama sahabatnya berhari raya di rumah si dia. Belum ada niat mengenalinya.
   Sememangnya masa itu pantas. Tamatnya SPM. Keputusan Edy tidaklah sebaik mana. Cukup sekadar menjadi bualan rakan-rakan sekampungnya. Dia memohon program asasi. Kalau diikutkan, keputusan SPM dia sudah pasti tidak memenuhi kelayakan program asasi. Hanya berharap tuah badan, “Untung sabut timbul, Untung batu tenggelam”. Tidaklah kecapaian hasratnya. permohonan dia tidak diterima.
   Pra-U menjadi pilihannya untuk meneruskan pengajian . Adila juga begitu. Bukanlah dia yang menarik perhatian Edy ketika itu. Dunia sedikit berkembang. Lebih banyak bunga indah berseri.
“…Pernah dulu kufikirkan tanpa cinta tak mengapa…”, berharap dia dapat berpegang kepada lirik lagu ini. Berharap pendidikan yang menjadi keutamaannya. Semua ini hanyalah harapan. Semakin hari semakin banyak bunga yang bertemankan kumbang. Memberontak hatinya meminta tamanya diserikan dengan sekuntum bunga agar taman hati tidak terlalu kusam. Terlalu lama kesunyian.
   Tidaklah bergerak lidah bila berhadapan dengan Adila. Tiada apa yang terucap. Laman sosial Facebook menjadi pilihannya.
   Lama-kelamaan hubungan mereka mulai rapat. Suka-duka dikongsikan bersama. Pernah dia menangis, Edylah yang menemaninya. Sahabat-sahabat mula menyedari keakraban mereka. Adila cuba menyembunyikan tapi bukan Edy. Dia berharap mereka semua mengetahuinya.
   Suatu malam Edy menyuarakan desis halus suara hatinya:

      “Assalamualaikum, : ) semua manusia bukanlah sempurna, bukan semua kekuatan kamu ada. Bukan juga semua yang ada padamu lemah. Kelemahan kamu akan diperkuatkan oleh pasangan kamu, kelemahan pasangan kamu pula akan diperkuatkan dengan kekuatan kamu. Dua hati yang bersatu akan saling memperkuatkan diri masing-masing. Berharap kamu dapat menjadi yang pertama dan selamanya dihatiku. Aku sudah lama mengenali kamu, tapi kali ini hatiku memberontak menginginkan kamu. Sudikah kamu menemani perjalanan hidup aku?”, pesanan ringkas yang dihantar kepada si Adila.

   Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Edy masih belum terlena. Masih menunggu SMSnya di balas. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Adila menelefonnya. Edy tidak menjawab panggilan itu. Dia takut tiada apa yang terucap dari lidahnya. Panggilan terhenti. Suasana menjadi sunyi sepi. Hanya unggas malam yang kedengaran. Kesunyian itu dipecahkan dengan deringan telefonnya. Adila menelefonnya sekali lagi. Dia memberanikan diri menjawab panggilan itu.
   “Assalamualaikum”, lembut suara Adila.
   “wa…wa….wa…laikumsalam” gagap Edy membalasnya.
  “kamu buat apa ni? Ish kamu ni malam-malam pun masih nak bergurau”
   Tersentak Edy mendengar kata-kata Adila itu. Fikiran melayang-layang.
   “Edy…Edy…Edy… hey kamu masih ada lagi ke ni” lamunannya terhenti.
   “ye, awak. Awak saya serius dengan apa yang saya cakapkan.” Dia menyakinkan Adila bahawa dia benar-benar memaksudkannya.
 Adila meletakkan telefonnya apabila Edy berkata sedemikian. Edy memikirkan Adila menolaknya.
   “sampai hati kamu menolak aku Adila. Aku ingat kamu boleh terima aku seadanya. Aku ingat aku  sudah cukup baik dengan kamu,” bentak hatinya. Dalam masa yang sama hatinya memujuknya, mungkin dia belum bersedia lagi, berilah dia sedikit masa memikirkannya.
   Selepas panggilan itu, mereka seolah-olah tidak mengenali antara satu sama lain. Edy sudah segan berhadapan dengan Adila di sekolah.
   Suatu hari mereka terserempak, Edy cuba berpaling dan beredar segera. Namun begitu, tangannya ditarik. Adila menariknya.
“kenapa kamu cuba mengelakkan diri kamu daripada aku?” soal  Adila..
“aku malu untuk berhadapan dengan kamu. Persoalan yang ada belum kamu rungkaikan. Aku mahu mengetahuinya apa perasaan kamu terhadap aku. Aku harap kamu sudi terima aku.” Laju Edy menjelaskannya.

“Maaflah tapi saya memang dah serik nak bercinta. Harap kamu paham”
Edy terus berlalu apabila mendengar penjelasan Adila.
   Hubungan mereka mulai menjadi regang. Mereka seolah-olah bermusuhan. Berperang dingin. Masing-masing mendiamkan diri.
   Dalam diam Adila bukan sahaja diinginkan Edy. Sahabatnya Nuar juga memendam rasa terhadap pilihan hati Edy. Nuar lebih berterus terang berbanding Edy. Dia menyatakan rasa cintanya kepada Adila secara berhadapan.
   “Aku bukanlah sempurna seperti lelaki yang mampu membahagiakan semua wanita. Aku berharap kamu menerima aku seperti mana kau menerima kekasih lama mu”, madah si Nuar.
   Seperti mana Edy, Adila tidak menolaknya.
   Nuar tidak dapat menerima tolakan itu. Dia berkeras mahu Adila menjadi pasangan hidupnya. Berkali dia melamar. Setiap kalinya pasti sama, semua tidak diterima.
Suatu hari ketika Edy dan Nuar bersama-sama memancing di kolam memancing ikan, Nuar menyatakan hasratnya kepada Edy.
“  Edy kamu tak pernah rasa ke nak menyanyangi dan disayangi?” soal Nuar.
“ Aku tak mampu menambat hati sesiapa.  Tiada apa-apa yang aku miliki mampu untuk membuatkan kaum hawa terpikat dengan aku, Edy. Lainlah macam kau, rupa ada, anak orang kaya lagi  tu.”
“  kau ingat semua ini mampu menarik hati perempuan? Zaman memanglah dah moden tapi perempuan yang aku nak ni bukan yang pandang harta ataupun rupa. Dia mahukan keikhlasan. Mungkin dia tak Nampak keikhlasan aku,”tegas Nuar.
 “ Anak mami mana pulak hang kenan ni? Mai habaq kat cek” Edy menggunakan dialek Penang. Berharap dapat menghiburkan dan menenangkan Nuar yang kelihatan mula naik berang.
“ Adila lah, lama dah aku perhati dia. Dulu dia dah ada boyfriend tapi sekarang dah break. Tu  pasal aku nak cepat-cepat masuk line. Takut kalau lambat nanti orang lain kebas dulu,” jelas Nuar.
   Terdiam Edy, rupa-rupanya Nuar juga memendam rasa terhadap pilihannya. Edy tidak mahu Nuar mengetahui bahawa dia juga memendam rasa. Walaupun baru sebentar mereka memancing, Edy terus mengajak Nuar beredar.
   Malam itu, walaupun dia sudah mengaku kalah tidak mahu lagi mencuba nasib untuk memiliki Adila, dia masih teringat kata-kata Nuar yang menginginkan Adila. Dia hanya menipu hatinya bahawa dia tidak lagi mahukan Adila. Sekali lagi dia tidak dapat tidur lena memikirkan permintaan hatinya. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi. Adila menelefonya. Pantas dia mengangkatnya.
“ Edy, kau tak tidur lagi ke?, maaflah mengganggu kamu malam ni, aku tak tahu nak ceritakan apa yang berlaku tadi. Aku harap kamu sudi mendengarnya,” suaranya sebak.
“kenapa ni Dila? Apa yang sudah berlaku? Kau jelaskanlah apa yang berlaku, aku sudi mendengarnya,” Edy cuba memujuk Adila.
   “ Nuar marah sangat dengan aku. Aku tak dapat memenuhi permintaan dia. Sebenarnya aku sudahpun berpunya.”
   Edy meletakkan telefon. Perasannya sukar digambarkan. Luka tidak diterima diperitkan lagi dengan ditaburkan garam.
   Sepanjang malam dia memikirkan.
“ Dulu kau kata dah serik nak bercinta, tak mahu lagi merasakan kesakitan dipermainkan.”
“Permintaan aku kau anggap gurauan senda.”
“kau kata tak nak sakitkan hati sapa-sapa lagi”
“Kau fikir aku tak pernah ada perasaan?”
“Kau kata kau sudah berpunya, kenapa tak cerita pada si Dia yang kau cintai, kenapa mesti aku?”
“kau sengaja memainkan perasaan aku Dila”
“Aku sakit sangat, pedih!”
“kau tipu aku, cakap memang dah serik tapi dalam diam kau cari lain”
“ Nampak sangat diri aku yang lengkap dengan segala ketidaksempurnaan menghalang hatimu dibuka untuk aku”
“CINTA TIDAK MEMANDANG PARAS RUPA????”
Hatinya berkata-kata.
“Arghhh…………. Semua bohong berlaka”
Jeritan Edy memecahkan kesunyian malam. Air matanya tidak lagi mampu ditahannya.

Selepas peristiwa itu Edy hanya mampu melihat kebahagiaan pasangan lain. Dia masih belum bersedia membiarkan hatinya terluka lagi. Sikap dia dengan wanita lain mulai dingin. Adila pula mula menjauhkan diri daripada Edy. Walaupun dia tahu dialah punca kekecewaan Edy, dia tidak langsung peduli perihal Edy. Barulah Edy sedar, selemah-lemah wanita ada yang mampu melemahkan dirinya.




3 comments:

  1. aku rase nak menangis lah ijoi .. sedih lah cerita ko ni ..

    ReplyDelete
  2. Perlu sambungan .. nak tahu kisah selanjutnya

    ReplyDelete
  3. konflik dah ada cuma xda masa nak teruskan story.... malam ni sambung sikit... minggu depan post

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...