Pages

Followers

Tuesday 10 December 2013

cerita lawak --- speedtrap

Mengapa pakcik?, tanya seorang anak muda yg tadinya memberhentikan kereta Mit. Evo 10-nya di hadapan sebuah Viva yg berhenti di tepi lebuhraya ke utara. Entahlah nak, jawab org tua itu sambing menjeling ke arah isterinya, mencurigai anak muda itu. Hari pun dah nak malam, saya tarik sajalah kereta pakcik ni, saya ada bawa tali, kata anak muda itu. Tapi kereta anak laju, kereta pakcik ni viva saja, kata org tua itu. Jika saya laju, pakcik bagi lampu, flash kat saya, saya akan perlahan kata anak muda itu. Maka ditariklah oleh Mit. Evo 10 itu akan Viva itu. Segalanya berjalan lancar, tidaklak laju..
Tiba-tiba sebuah BMW 3 siries memintas kereta anak muda yg baik hati sambil membunyikan hon.. Menyirap darah anak muda itu, apa lagi, dikejarnya kereta yang mencabar tadi, lupa ia bahawa ia sedang menarik sebuah Viva. Perlumbaan pun berlaku, dan Viva pun terheretlah sama secara tak langsung dlm persaingan siapa laju itu.
Di bawah sebuah jejantas, seorang anggota polis, sedang membuat perangkap had laju.. Wah lajunya kereta-kereta tu, bisik hatinya, lantas dia membuat laporan: Tolong tahan, kereta BMW sekian nombor-sekian nombor, Mit. Evo 10, sekian nombor-sekian nombor kerana jauh melebih had laju. dan yang lebih penting tahan Viva sekian nombor-sekian nombor, periksa betul2 apa engin yang dia dah tukar, sebab dia berada rapat di belakang Mit Evo 10 tu, mencucuk-cucuk ke depan sambil bagi lampu flash lagi tak berhenti kpd kereta2 yg di depan..""

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...