Pages

Followers

Friday 27 May 2011

keamanan di bumi ini

kerana yang meraung pemergian ibunya
bukanlah anak-anakmu
maka kau tidak merasa pilunya
kerana yg menjadi yatim
yang menjadi piatu
bukanlah anak-anakmu
maka tiada terharu hatimu.


kerana yang meratapi permergian  anaknya
bukanlah  bukanlah isterimu
kerana yang bergelimpangan
bermandian darah
bukanlah anak-anak watanmu
maka tiada sayulah hatimu
kerana yang dipijak kehinaan itu
bukanlah bangsa-bangsamu
maka kau tidak mengambil tahu.


sedarilah,
jika benar-benar kau mencintai kedamaian
menaruhkan segala jiwamu untuk keharmonian
hentikan pemerintahan berdarahmu,


sirami bumi ini dengan debunga wangi
bukannya racun dan api.

3 comments:

  1. my comment is tukaq font type..susah nak baca..mentang2 la mata aku dah tua.. :) just 10sen opinion

    ReplyDelete
  2. tq....sebenar ni pasal pemerintah yg kejam...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...