Pages

Followers

Saturday 10 March 2012

PENGAJIAN AM BAB 7: PART I

BAB 7: DASAR DALAM NEGARA
7.1 DASAR EKONOMI
7.1.1 PRADASAR EKONOMI BARU (1956-1960)
7.1.1.1 RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956-1960)
MATLAMAT
·          Membangunkan sektor ekonomi – penekanan sector ekonomi luar bandar.
·          Tumpuan bidang pertanian.
·          Memberi tumpuan pd pembangunan demi kesejahteraan hidup.
STRATEGI PELAKSANAAN
·          Tumpuan pd perancangan pelaburan sector awam secara bersepadu.
·          Tumpuan pd rancangan pembangunan ekonomi.
·          Tumpuan pd penyediaan kemudahan asas / awam serta jentera pentadbiran
·          Pembukaan tanah bg penempatan semula ( FELDA )
·          Menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa ( RIDA ) untk pembangunan masyarakat luar Bandar.
·          Mewujudkan Kementerian Pembangunan Negara & Luar Bandar untk selaraskan kegiatan ekonomi luar Bandar.
·          Memperkenalkan Dasar Bahasa Kebangsaan.
7.1.1.2 RANCANGAN MALAYA KEDUA ( 1961-1965)
MATLAMAT
·          Tumpuan pd pembangunan penduduk luar Bandar.
·          Tumpuan pd pembangunan ekonomi untk tingkatkan taraf hidup rakyat.
STRATEGI PELAKSANAAN
·          Kajian menyeluruh mengenai perkembangan ekonomi Negara.
·          Meningkatkan dan mempelbagaikan pengeluaran bahan mentah.
·          Membekalkan kemudahan asas.
·          Meminjam kepakaran asing.
·          Penubuhan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia ( FAMA ) untk memasarkan produk pertanian.
·          Menubuhkan Bilik Gerakan di setiap daerah bg melaksanakan program Buku Merah.
·          Sediakan kemudahan pendidikan pertanian di Kolej Serdang dan Fakulti Pertanian.
7.1.1.3RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970)
LATAR BELAKANG
·          Penyertaan Sabah dan Sarawak dlm rncngan pembangunan 5 tahun.
·          Meliputi aspek perancangan ekonomi & social.
MATLAMAT
·          Tumpuan pd pembangunan kebajikan rakyat.
·          Tumpuan pd pembangunan ekonomi dan integrasi penduduk antara negeri.
·          Tumpuan pd pertumbuhan ekonomi supaya kekayaan Negara dimiliki oleh golongan miskin.
STRATEGI PELAKSANAAN.
·          Tumpuan berterusan pd pembangunan pertanian & kwsn  luar Bandar.
·          Penyediaan kemudahan asas seperti pengangkutan & pendidikan.
·          Penubuhan Majlis Amanah Rakyat(MARA) –bantu bumiputera dl pendidikan.
·          Penubuhan Bank Bumiputera bg membantu bumiputera dlm perniagaan.
·          Penubuhan Lembaga Pemulihan & Penyatuan Tanah Negara (FELCRA) untk membantu FELDA membangunkan ekonomi luar Bandar.
·          Penubuhan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) untk menggalakan  pembangunan sector industry.
·          Penubuhan Institut Penyelidikan & Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untk menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan teknologi bg meningkatkan hasil pertanian kecuali getah.
·          Penggubalan Akta Pelaburan utk menggalakkan kemunculan industry baru.
7.1.2 RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG PERTAMA (RRJP1) : DASAR EKONOMI BARU (DEB) 1971 – 1990
·          Mewujudkan perpaduan antara kaum & mengembangkan ekonomi Negara.
MATLAMAT MEMBASMI KEMISKINAN
·          Mewujudkan lbh bnyk peluang pekerjaan.
·          Pembangunan seimbang bg mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum, antara luar Bandar & Bandar, dan antara wilayah.
·          Membaiki & memodenkan kwsn luar Bandar.
·          Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera.
·          Penyertaan dlm aktiviti ekonomi mengikut komposisi kaum.
MATLAMAT MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT
·          Menggalakan pemilikan saham sebanyak 30%(bumiputera), 40%(bukan bumiputera), 30%(pelabur asing).
·          Membentuk masyarakat perdagangan & perindustrian bumiputera bg mencapai matlamat pengusaan ekonomi oleh bumiputera sebanyak 30% menjelang 1990.
·          Menubuhkan agensi seperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera dan Amanah Saham Nasional.
·          Memajukan kwsn yg mundur melalui agensi pembangunan wilayah baharu sprit Lembaga kemajuan Pahang Tenggara(DARA), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara(KEJORA), dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan( KESEDAR)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...